BAGAN PINANG, 3 Okt - 'Rescue Ambulan' menjadi kenderaan rasmi di penamaan calon pagi tadi. Kekerapan rescue ambulan yang lalu-lalang di hari penamaan calon menganggu situasi perhimpunan orang awam yang hadir.
Namun ada ramai dari pengguna jalan raya yang melihat keadaan tersebut menimbulkan tanda tanya di benak masing-masing.
Adakah ia menjadi satu laluan altenatif bagi mengatasi kesesakan bagi orang kenamaan untuk sampai ke tempat penamaan calon?
Turut menjadi persoalan, sama ada kekerapan ulang alik kenderaan Kementerian Kesihatan itu berpunca dari kes kecemasan yang benar-benar berlaku atau mahu menyelamatkan orang-orang tertentu dari berhadapan dengan rakyat secara bersemuka.
Sepatutnya peluang yang sebegini merupakan satu peluang untuk rakyat dari pelbagai aliran pemikiran bersua dengan pimpinan mereka. Tidak kiralah dari mana fahaman politik pemimpin tersebut datang.
Walaubagaimana pun daripada tinjauan wartawan bertugas, terdapat juga pimpinan yang sanggup turun berhadapan dengan sorakan riuh-rendah penyokong.
Berhadapan rakyat dengan air muka yang tenang sekalipun kehadiran mereka dilaungi dengan sorakan yang negatif dari penyokong parti berlainan.
Sama ada 'ya atau tidak' penggunaan kenderaan tersebut digunakan secara sebetulnya, hanya pemandunya yang tahu.
No comments:
Post a Comment