Sunday, May 31, 2009

Kejayaan Mujahid musnahkan dakyah Umno

Adnan Ibrahim
Sun | May 31, 09 | 2:47:21 pm MYT

Tiada siapa sangka PAS kini turut diminati kaum India dan Cina. Malah dengan keahlian seramai 20 ribu orang berbangsa Cina, India, Siam dan Iban menyertai kelab penyokong PAS, ia boleh melebihi keahlian sesetengah parti politik di Malaysia.

Ini merupakan kejayaan yang dirintis oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjadikan PAS kearah parti multiracial sesuai dengan negara bermasyarakat majmuk tanpa hilang identiti asal Islam dan Melayu.

Sambutan orang bukan Islam terhadap PAS menunjukkan satu perubahan politik luar biasa kerana dalam masa Umno tetap meneruskan propaganda melalui media kononnya PAS anti Cina dan India sebaliknya makin ramai kaum tersebut mahu mengetahui perkara sebenar mengenai PAS.

Oleh kerana PAS parti Islam maka menjadi kerja mudah kepada Umno sebelum ini, dengan menggunakan isu syariah Islam bagi menakutkan orang bukan Islam kepada PAS. Sedangkan apa yang diburukkan Umno itu secara tidak langsung merosakkan akidah mereka sendiri.

Umat Islam masih tidak lupa bagaimana Umno menghasut bukan Islam supaya jangan rapat dengan PAS. Jangan bagi PAS memerintah jika tidak kemaluan kaum lelaki kena potong atau jawi (sunat).

`Isu potong� adalah sebahagian isu kecil tetapi memberi kesan yang cukup besar kepada politik PAS. Banyak lagi isu syariah yang berkaitan hukum hakam dan peraturan hidup dijadikan mainan politik Umno bertujuan memburukkan PAS pada kacamata bukan Islam tetapi untuk dihuraikan di sini mungkin panjang.

Rupanya `isu potong� bukan perkara kecil walaupun dianggap remeh bagi setengah pemikir lain. Perkara ini dibangkitkan oleh ahli kelab penyokong PAS dari Serdang. Katanya: �Saya ditanya orang (India) apakah masuk kelab �. nak kena potong?�

Mungkin pada sesetengah orang ia hanya bahasa sindiran tetapi dari segi sejarah pertembungan PAS dengan Umno, ayat inilah yang menjadi kejayaan kepada Umno selama ini dalam usahanya memutuskan hubungan orang bukan Islam daripada berhubung rapat dengan PAS.

Kejayaan dakyah Umno itu cukup berkesan menakutkan orang bukan Islam kepada PAS sejak PAS keluar daripada perikatan kerana Umno menguasai media elektronik dan cetak, cukup pantas dan sukar ditangkis PAS yang hanya bergantung melalui ceramah.

Sebaliknya sejak maklumat banyak diperolehi melalui internet, orang bukan Islam mula membuka mata tentang PAS. Segala tuduhan serong terhadap PAS selama ini adalah kekeliruan hasil daripada perancangan rapi Umno.

Dr Mujahid dalam usaha menjawab perkara yang dibangkit oleh wakil dari Serdang itu, berkata: �Orang Cina, India, Siam atau Iban, jangan takut menyertai kelab penyokong PAS kerana PAS tidak ada hak untuk mensunatkan orang bukan Islam.�

Menurut beliau, PAS berpegang kepada prinsip al-Quran menyatakan kebebasan beragama dan ia merupakan hak masing-masing yang tidak boleh dipaksakan keatas mereka.

�Jadi orang bukan Islam jangan bimbang mereka masuk kelab penyokong PAS bukan masuk Islam. Agama hak masing-masing di hati masing-masing,� ujarnya ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh wakil kelab penyokong PAS di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah Klang.

Program sehari, Sabtu lalu itu dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Taun Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam ucapan menariknya, Abdul Aziz berkata: �Antara Melayu, Cina dan India serta kaum lain mereka mungkin 40,000 pupu.� Dan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.

Hampir 1,000 orang hadir dalam program yang ramai didominasi kaum India. Ini kemungkinan berikutan program tersebut diadakan di Klang iaitu kawasan yang mempunyai keahlian kelab penyokong PAS yang ramai terdiri daripada kaum India.

Program tersebut turut membentangkan dua kertas kerja disamping sesi soal jawab yang cukup hangat bagi meningkatkan kewibawaan kelab tersebut pada masa depan._

Calon KeADILan menang besar di Penanti

Harakahdaily
Sun | May 31, 09 | 7:30:17 pm MYT

PENANTI, 31 Mei (Hrkh) - Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.

Hasil pengiraan yang diadakan, Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi.

Jumlah pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.

Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas.

Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha KeADILan untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang. - mns_

Saturday, May 30, 2009

Zahrain: Semua dakwaan Aminah satu pembohongan

Sedutan Bernama

PULAU PINANG: Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim semalam menyifatkan segala tuduhan dan dakwaan Aminah Abdullah mengenai parti itu dan dirinya sebagai pembohongan semata-mata.

Katanya calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu cuba mengalihkan fokus sebenar pilihan raya itu dengan mereka pelbagai cerita bertujuan memburukkan imej parti.

"Dia sepatutnya tumpu kepada pilihan raya kecil ini dan ceritalah apa yang hendak dilakukannya untuk penduduk Penanti, bukan buat cerita yang bukan-bukan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Beliau yakin tindakan Aminah mereka cerita kononnya berlaku satu peristiwa di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal dua tahun lalu ada kaitan dengan perasaan tidak puas hati kerana beliau menggantikan Aminah dengan orang lain sebagai Ketua Wanita PKR negeri.

Sehubungan itu, katanya beliau tidak akan membuang masa dengan melayani dakwaan serta tohmahan Aminah itu dan beliau juga tidak teragakagak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini berlarutan dan Aminah terus memburuk-burukkan namanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Aminah untuk membuat satu lagi pendedahan baru yang berkaitan secara langsung dengan Zahrain dalam masa terdekat mengenai peristiwa yang berlaku di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal pada 2007.

Sebelum ini, Aminah mendakwa wakil PKR cuba menyogok wang tunai dan jawatan sekiranya beliau menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya berkenaan.BERNAMA

Jangan cuba sabotaj usaha kempen Pakatan Rakyat di Penanti: Saifuddin

Anna Yusof
BUKIT MERTAJAM, 29 Mei (SK) : Memandangkan hanya calon bebas yang melawan KeADILan dalam Pilihanraya Kecil Dun N.12 Penanti ini, ada kemungkinan segelintir pengundi rasa tidak perlu keluar mengundi.

“Kami ingin mengingatkan para pengundi Penanti bahawa pilihanraya kecil ini adalah amat penting dan bermakna,” kata Pengarah Pilihanraya Pusat Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan beliau hari ini.

“Kami berharap semua pengundi Penanti akan keluar untuk mengundi calon KeADILan pada hari pengundian untuk menghantar isyarat yang jelas, bahawa rakyat mahu satu kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh di negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda perubahan yang dicerminkan oleh pencapaian-pencapaian kerajaan negeri sejak bulan Mac 2008,” jelas beliau.

Beliau juga ingin mengingatkan bahawa pihak Barisan Nasional, walaupun tidak bertanding, tidak akan cuba mensabotaj usaha kempen Pakatan Rakyat.

“Samada dengan menggunakan pihak polis, media arus perdana mahupun cara-cara lain seperti memberi pelancongan percuma di luar kawasan Penanti pada hari pengundian,” jelas Saifuddin lagi.

Perang Bermula Hari Ini

Perang di Penanti bermula apabila undi pos untuk pilihanraya kecil Penanti berlangsung hari ini dengan 20 orang anggota Polis dari kawasan itu mengundi lebih awal kerana desakan tugas.


Bilik undi pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai tengah di Pulau Pinang dibuka jam 8.30 pagi.
Tepat jam 9.15 pagi seorang angota polis berpangkat Lans Koperal membuang undi pertama, di ikuti anggota polis wanita iaitu Lans Koperal Asiah binti Hashim yang bertugas di balai polis kubang Semang.


Sejurus selepas itu, Calon Parti Keadilan Rakyat Mansur Othman hadir bersama beberapa penyokong bagi memantau proses pembuangan undi pos.


Mansur berkata beliau berpuas hati dengan kempennya untuk mengekalkan kerusi Penanti dan menaruh kepercayaan penuh dengan kebijaksanaan pengundi untuk membuat keputusan tepat.


Seramai 23 orang berdaftar sebagai pengundi pos DUN Penanti. Lebih 15,000 pengundi lain di daftar untuk mengundi Ahad ini.


Mansor mengadapi saingan tiga calon bebas iaitu Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris.


UMNO-Barisan Nasional tidak bertanding pada pilihanraya kecil Penanti, setelah parti itu kalah pada kesemua empat pilihanraya kecil di Semenanjung sejak pilihanraya umum Mac tahun lalu.
http://n12adunpenanti.blogspot.com/

Ezam Marah Sebab Permohonan Balak Beliau Ditolak Banyak Kali?

From Malaysia Waves by Tulang Besi
Penarik Beca dalam blog beliau berkata bahawa Ezam Mat Nor telah memohon kawasan balak di Kelantan beberapa banyak kali.

Penarik Beca berkata:

"Yang saya nak tanya kepada Ezam, siapa yang berkali-kali merayu-rayu agar diberikan kawasan balak di Kelantan tetapi tak dapat-dapat? Nasib baik tak dapat. Kalau dapat, buat sendiri atau suruh taukeh buat? Kalau dapat, adakah hanya kutip komisyen sahaja?"

Maklumat yang saya dapat ialah Husam disalahkan oleh Ezam kerana tidak meluluskan kawasan-kawasan balak tersebut. Apa yang saya tahu, kalau Husam Musa meluluskan permohonan-permohonan balak seperti ini, maka akan jatuh berdentumlah Kerajaan Tok Guru Nik Aziz.

Kita bernasib baik ada Husam Musa di dalam kerajaan Negeri Kelantan. Kerana sikap beliau yang tegas di dalam meluluskan permohonan balak menjadikan UMNO ketiadaan isu di dalam menyerang PAS. Hasilnya, PAS berjaya mempertahankan kerajaan negeri Kelantan secara jayanya pada PRU 2008.

Sebenarnya, isu balak inilah yang menyebabkan Husam Musa teruk difitnah. Saudara pembaca boleh membaca pendedahan yang dilakukan oleh saudara Penarik Beca dalam blog beliau satu masa dahulu.

Tapi, sekiranya Husam Musa mengikut kerenah dan tidak menapis permohonan-permohonan ini, nescaya akan jatuh tergolek kerajaan negeri Kelantan PRU 2008

Tulang Besi

Terkini Dari Penanti

Poster calon PKR dikoyak. Poster Kak Min dinaikkan setinggi tiang letrik di kawasan selekoh Sekolah Menengah Guar Perahu.

Sunday, May 24, 2009

Ceramah Perdana PRK N12 PENANTI

video

YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin
23 Mei Tempat Padang Berapit
(Depan rumah cikgu Ibrahim)

Saturday, May 23, 2009

Suasana di Penamaan Calon DUN Penanti





Suasana tak meriah langsung..aku ambil gambar nie pon masih awal lagi..aku cuma lepak kat kedai orang jual cd jer..aku tengok macam ceramah pakatan rakyat jer..

Boring boring tanpa UBN..Aman sungguh suasana.

Tanda Jelas UBN Akan Berkubur

[kemaskini] Pilihan raya kecil DUN Penanti akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR, Dr Mansor Othman dan tiga calon bebas, Aminah Abdullah, Naikhan Air dan Kamarul Ramuzi. Seorang lagi calon bebas, Mohd Seberi Othman ditolak kerana masala teknikal.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim yang turut sama berada di temnpat penamaan calon bagi mengiringi calon PKR, calon PKR Dr Mansor bakal memperolehi kemenangan besar.

Katanya mungkin majoriti lebih besar daripada pencapaian PKR dalam pilihan raya lalu di DUN berkenaan. Dalam pilihan raya lalu calon PKR Mohamad Fairus Khairuddin memperolehi kemenangan dengan majoriti sebanyak 2,219. Manakala ditanya mengenai alasan UBN tidak bertanding, kata Zaid, budak-budak kecil pun suka mendengar alasan UBN itu.

TINDAKAN UBN untuk tidak menyertai pilihan raya kecil Penanti hari ini memberi senario baru dalam politik dan sekaligus memberi isyarat seoah-olah UBN akan lenyap dari bumi Malaysia ini. Walaupun tindakan itu dianggap sebagai bijak namun ia memberi kesan lain apabila suasana yang terpamer di pusat penamaan calon sebelum ini sudah tiada di Bukit Mertajam pagi ini.

Pagi ini ketika ribuan para penyokong Pakatan Rakyat bergerak ke pusat penamaan calon mengiringi calon mereka Dr Mansor Othman ke IKBN Bukit Mertajam dengan penuh bersemangat sambik menjujung bendera, membawa kain rentang dan sorakan, UBN yang selama ini menjadi parti harapan bangsa seolah sudah lenyap. Suasana seakan sudah diambil alih sepenuh oleh Pakatan Rakyat.

Suasana di tempat penamaan calon yang sebelum ini meriah dan penuh ketegangan setiap kali kehadirian UBN dalam pilihan raya kecil juga tidak wujud lagi. Sedikit sebanyak tanpa UBN pilihan raya tidak meriah dan Pakatan seolah tidak berani lagi untuk ditentang.

Mereka yang suka kepada provokasi, sorak menyorak, caci menyaci juga terasa pilihan raya kevcil Penanti ini tawar dan hambar saja.

Mungkin kerana ingin memeriahkan dan menampakkan penamaan calon itu hidup menyebabkan penyokong Pakatan Rakyat membina dua kumpulan, satu berada di bahagian kanan tempat penamaan calon itu dan sebahagian lagi di bahagian kiri.

Seluruh kawasan penamaan calon itu dipenuhi dengan penyokong Pakatan Rakyat. Walaupun ada calon bebas yang mungkin direstui oleh UBN namun ia tenggelam dalam banjiran penyokong Pakatan Rakyat. Bendeara PKR berlambang mata, bendera Pas bulan purnam dan DAP roket menakluki setiap ruang. Manakala tidak ada satu pun bendera BN atau Umno yang berlambangkan keris telanjang.

Melihat situasi ini menyebabkan timbul persoalan, apakah wajar UBN bertindak demikian? Dengan tidak menyertai pilihan raya itu menyebabkan tiada lagi bendera, atau jeritan hidup Melayu bergema di persekitara pusat penamaan calon itu. Apakah kesunyian suasana dengan jeritan tradisi itu menandakan UBN akan berkubur tidak lama lagi? [penanti 10: 00 am 23/05/09]

Friday, May 22, 2009

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob kembali kerahmatullah

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) -Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai, Haji Ismail bin Yaacob, 60 meninggal dunia selepas subuh sebentar tadi.

Haji Ismail dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya (penyakit gout, kencing manis) sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Menurut laporan beliau akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Paksu Wel antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim, Tetapi tewas kepada calon BN. - azm _

Monday, May 18, 2009

BN enggan lawan PKR di Penanti


kemaskini 8.24pm Seperti dimaklumkan lebih awal, Barisan Nasional tidak bersedia mencabar calon PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana menteri juga menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.

"Tak ada (takut). Macam mana pun kita mesti hadapi rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," jelasnya apabila diajukan soalan sama ada BN takut menghadapi pembangkang.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.

Keputusan BN itu tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'.

PKR pula telah menamakan timbalan pengerusi perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk mengisi kembali kerusi tersebut yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin.

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang melepaskan kerusi tersebut 16 April lalu di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.

Ditanya mesej yang ingin disampaikan BN kepada masyarakat, Najib berkata mereka "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang."

Najib menambah, pelbagai reaksi terhadap tindakan BN itu terpulanglah kepada tanggapan masing-masing.

"Itu terpulanglah. Tetapi hakikatnya, kita tidak mahu terjerumus dengan permainan politik parti pembangkang.

"Sebab nanti lepas dua, tiga bulan, mereka akan minta kawasan lain dikosongkan (pula)," katanya.

Sementara itu, mengulas kemelut politik di Perak, perdana menteri berkata, sebarang perundingan dengan Pakatan Rakyat mestilah dibuat selepas mahkamah membuat keputusannya.

"Belum lagi (berjumpa). Kalau kita hendak berunding dengan pembangkang pun, kita mesti tentukan kedudukann (krisis perlembagaan) di sisi undang-undang.

“(Ia) mesti disahkan oleh mahkamah terlebih dahulu. Baru kita boleh berunding dengan pembangkang," katanya.

Ditanya mengenai tindakan Hindraf memberi kata dua kepadanya agar mengarahkan P Uthayakumar kembali ke kem tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Najib berkata:

"Kita mesti hormasi proses undang. Tidak ada sesiapa pun boleh kata dua. Kita telah buktikan bahawa kerajaan ini kerajaan yang bertimbang rasa, bukannya zalim dan menekan mana-mana pihak."

Pengerusi NGO tersebut P Waythamoorthy hari ini menggesa kerajaan menarik balik arahan kepada abangnya untuk bertemu dengan lembaga penasihat ISA atau berdepan bantahan jalanan di seluruh negara.

Friday, May 15, 2009

Kes pertama flu A(H1N1) di Malaysia

May 15, 09 1:40pm

kemaskini 8.12pm Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.LAGI

Walau pun hujan datang mencurah..

video

Mengapa Umno takut perayu Undi..lihat video nie yang di rakam kan di PRK bukit gantang dun changkat jering..Semangat para petugas begitu luar biasa saya lihat..

Thursday, May 14, 2009

Ceramah Isu SemasaTuan Presiden Di Masjid Rusila Terangganu

video

Kesabaran Pas ada batasnya tunggulah arahan pemimpin
Pas akan pimpin rakyat dengan islam..

Wednesday, May 13, 2009

Kecoh DUN Perak

video

Aku download video nie sebagai kenang-kenangan aku yang mana DUN perak di ceroboh
oleh anasir-anasir yang tak di kenali..Mungkinkah mereka ni dari golongan lanun pangkor..Itu semua kebarangkalian? Sejarah ini harus di rakam buat tatapan semua rakyat malaysia.

Tuesday, May 12, 2009

Zambry masih MB, krisis Perak berlarutan

Mahkamah membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.LAGI

Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Zambry tangguh keputusan MB Perak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan keputusan laksana Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Semalam Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar sah.

Pagi tadi, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.

Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu.

Monday, May 11, 2009

Nizar MB Perak Sah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.


Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah

Jangan Lupa 7 Mei


Artikel ini adalah bertujuan untuk mengumpul sebanyak mungkin informasi dalam bentuk media, fakta dan nombor, serta ulasan-ulasan yang dibuat mengenai hari yang menjadi sejarah hitam dalam negara kita, khususnya buat rakyat negeri Perak.

A. PENDAHULUAN

7 Mei 2009 akan dikenang oleh sekalian rakyat tidak kira usia, agama dan bangsa sebagai hari yang membawa pengertian yang unik kepada setiap individu. Biar apa jua pengertian yang diperoleh, peristiwa-peristiwa yang terjadi sepanjang hari tersebut sudah tentunya menjadi pengalaman yang membuka mata.

Rentetan peristiwa demi peristiwa sejak awal Februari yang lalu harus diikuti dengan teliti oleh setiap rakyat demi masa depan negara yang lebih cerah dan lebih bermakna buat semua lapisan masyarakat.

B. ISI KANDUNGAN

Kronologi 7 Mei
Berikut ialah kronologi Tragedi Hitam 7 Mei 2009 mengikut catatan YB Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim. (kemaskini oleh cheahmad)


MASA CATATAN
8.20 pagi Kami mula bergerak ke DUN Perak Ipoh. Hampir 100 orang bersama puluhan polis yang berkumpul hadapan hotel penginapan kami, sebelum bergerak ke dewan.

Segala persiapan yang perlu telah kami lakukan untuk mempertahankan hak rakyat Perak yang dicintai. Penyokong mengerumuni MB Nizar semasa sampai dihotel pagi tadi
8.27 pagi Kawalan ketat untuk ke Dewan Undangan Negeri. Dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negeri saya menempuh 4 sekatan polis walaupun hotel penginapan kami hanya sekitar 1 km dari Dewan Undangan Negeri.

Inilah keadaan yang menampakkan sengaja dicipta untuk menyusahkan pergerakan kami ke Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu satu notis pihak polis telah ditampal di sekitar Ipoh merupakan arahan mahkamah yang melarang orang ramai mendekati 500 meter dari bangunan Dewan Undangan Negeri.
8.35 pagi Ahli Parlimen Ampang ditahan. Ahli Parlimen Ampang, YB. Pn. Zuraidah ditahan ketika cuba masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri, di pintu hadapan bangunan
9.10 pagi Kami dihalang oleh polis Masuk Ke Dewan. Seramai 16 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya yang sampai sekitar 8.45 pagi tadi telah dihalang oleh polis untuk masuk ke dalam dewan Negeri tempat Persidangan yang akan diadakan pagi ini.

Walaupun dengan alasan untuk meletakkan barang sebelum perbarisan diadakan kami gagal untuk masuk sehingga sekarang. Kawalan dari polis sangat ketat dan saya beranggapan Sidang Dewan yang paling ketat dikawal polis setakat ini dalam sejarah demokrasi dunia.

Doakan keselamatan kami.
9.20 pagi Kami berada di hadapan pintu Dewan. Kami berada di hadapan pintu masuk menunggu pintu dewan yang dimaklumkan oleh pihak polis cuma akan dibuka jam 9.45 pagi nanti.

Semua barang yang dibawa diperiksa dengan teliti dan di scan berkali. Saya menyaksikan hampir 50 orang polis yang berkawal di dua pintu masuk yang dibuka
9.45 pagi Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.
9.55 pagi Apabila ADUN Lompat Jelapang ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAN dengan suara yang kuat.

Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN. Kelihatan sama OSMAN dan JAMALUDDIN, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.
10.00 pagi “Penasihat Undang-undang diarahkan keluar ikut Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:

1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.
2. Kedudukan tempat duduk ikut sebelum ini.
3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.
4. Kepada 3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.
5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk Penasihat Undang-undang keluar dewan.
6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawatankuasa yang dilantik oleh dewan ini. “

Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.

“Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya,” umum Speaker. Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan
10:10 pagi Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.

Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR. Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.

Kepada 10 orang masih belum keluar, Speaker berulang kali mengatakan Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.
10.20 pagi Keadaan kecoh berlarutan. Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.

Keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas. Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula.
10.30 pagi Arahan speaker masih belum diikuti. Sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.

Sementara itu Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebasan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.

Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUN PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digantung oleh speaker.
10.40 pagi Hee, timbalan speaker cuba ambil kuasa Speaker yang masih sah.

Hee dikerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker. ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat.

Cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.

Saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.
10.50 pagi BN Rampas kuasa Speaker dalam dewan, Ganesan dicalonkan sebagai Speaker baru. ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.

Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.
11.00 pagi Ganesan angkat sumpah dimeja ADUN yang dikelilingi ADUN BN sebagai speaker haram. Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)
ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.

ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram.
Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.
11.10 pagi Ganesesan sedang meneruskan Sidang Haram. Ganesan cuba merampas kuasa Speaker...lucu

Sidang Haram Sedang berlangsung

Ganesan di meja ADUN sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap Dewan Negeri.

Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demokrasi.

Lucu, aneh, tapi benar...
11.18 pagi Speaker Sivakumar umumkan semua Usul yang sedang dibentang BN telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh Sidang Haram (ikut skrip) iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.
Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.
11.30 pagi Walaupun Sidang Haram umum tangguh sidang namun ADUN BN masih tidak keluar dewan. Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikian dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.

Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali.

Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?
11.44 pagi Saya telah arahkan ADUN PR jangan keluar kalau tidak perlu. Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".
12.23 tgh Banyak Ahli Parlimen PR ditangkap diluar bangunan Dewan Negeri.

Saya menerima berita ramai dikalangan ahli Parlimen PR yang datang untuk menyaksikan sidang pada hari ini ditangkap, dari beberapa SMS dan makluman dari talipon yang diterima oleh rakan disebelah saya dalan dewan, ADUN Kuala Kurau, YB. Yunus, beliau memaklumkan antaranya Ust. Mujahid, Sdr. Tian chua,dan Yb. Salahuddin.
12.35 tgh Keadaan tenang di dalam Dewan. Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling.

Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.
12.20 tgh Tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.
12.30 tgh Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR
keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan. Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham.

Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.

Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.
12.49 tgh Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan
Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya
Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.
1.00 tgh Ganesan tangguh sidang satu jam lagi...

Ganesan cuba mengendalikan Sidang Dun kali kedua. Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menengelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.

Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.

Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.
1.21 tgh Lega bila ke tandas, dah tahan nak ke tandas sejak pagi tadi....
Pergi tandas pun hari ini berbekalkan sebotol air mineral bila dimaklumkan oleh teman-teman semacam air dicatu bila tandas dah tidak ada air.

Saya tidak pasti kenapa ini boleh berlaku, dan tidak pernah berlaku sebelum dari ini. Seingat saya dalam 3 sidang dibangunan ini sejak awal kemenangan Pakatan Rakyat Di Perak tahun 2008 dulu air ditandas tidak pernah kering...
Adakah ini juga sabotah kepada kami ADUN ? seperti pembesar suara speaker yang sudah tidak berfungsi.
2.03 ptg Hampir semua ADUN PR dan BN berada di Dewan. Ganesan dihalang oleh ADUN PR diiringi dengan laungan bubar Dun. ADUN PR suruh dia keluar sebab dia bukan ADUN. ‘Sidang Syiling’ haram

Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.

Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.

Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.
2.17 ptg Kecoh Hampir ke Kemuncaknya

Ganesan dikerumuni ADUN Pakatan ketika cuba memulakan sidang pada 2.05 petang

Keadaan sekarang sangat kecoh dan bising dan hampir berlaku pergaduhan dalam dewan.

Bentara pula hendak rampas kuasa speaker.

Keadaan berlarutan sebentar tadi bila bentara cuba membuat pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan
2:20 ptg Polis masuk campur

Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.
Terdapat usaha merampas kerusi Speaker
2.40 ptg Pergelutan di meja Speaker oleh BN. Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis.

Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan
3.05 ptg BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.

Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.

Speaker Haram, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker dikawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.
3.10 ptg Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali.
YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!

ADUN OKU dari Aulong duduk di meja Speaker bagi menghalang Ganesan duduk di situ. Inilah deretan pendatang yang haram yang merampas kuasa Speaker

Siapakah mereka yang misteri ini?
Siapakah mereka ini?

Suasana tegang di kerusi Speaker. Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.
3.21 ptg Raja muda Perak masuk ke dewan. Kelihatan Dato' Seri Nizar dan Dato' Ngeh turun dari pentas Diraja selepas mengadap Raja Nazrin

Raja Nazrin sedang bertitah merasmikan Sidang DUN penuh bersejarah

Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.
4.07 ptg Raja Nazrin Perkenan untuk bersalaman dengan semua ADUN
Raja Nazrin bersalaman dengan ADUN-ADUN setelah habis bertitah.

Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "Beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. Sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.
4.15 ptg Sidang Akhbar

Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.

Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.

BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.

Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.

Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.
4.40 ptg Kenyataan Speaker Sivakumar
YB Siva diseret... tak patut sungguh kelakuan seperti ini!

Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.

Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali. Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.

Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari. Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.

Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain ke atas kuasa Speaker.
4.49 ptg Nizar : Saya akan segera mengadap Tuanku untuk mohon bubar DUN

Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Perak.

Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap. Kata NIzar dalam sidang media sebentar tadi.

Ditulis oleh Che Ahmad

Saturday, May 9, 2009

Kisah Sebenar Tragedi DUN Perak Menurut Ir Dato' Seri Nizar

video


Siapa Dalang Krisis Ekonomi Global?

Siapa sangka negara macam Iceland yang kaya pun akan melebur sebegini?

LAPORAN terbaru lembaga Center for Public Integrity menyatakan, bank-bank asing dan bank-bank AS bukanlah mangsa korban dari krisis ekonomi, tetapi bank-bank itulah dalang yang telah menyebabkan berlakunya krisis ekonomi.

Menurut laporan itu, lembaga-lembaga pemberi pinjaman yang menjadi pemicu krisis ekonomi global, adalah lembaga-lembaga yang dimiliki atau mendapat sokongan dana dari bank-bank besar bertaraf internasional. Sekarang, lembaga kewangan dan bank-bank besar itu menerima suntikan dana bantuan dari kerajaan. Center for Public Policy Integrity, lembaga yang melakukan berbagai survei investigative, dalam laporannya menyebutkan 25 perusahaan ‘pemberi pinjaman’ yang telah memberikan pinjaman beresiko tinggi dijangka bertanggung jawab atas runtuhnya pasaran properti di AS dan meluasnya krisis ekonomi ke seluruh dunia.

Perusahan-perusahaan pemberi pinjaman itu, menurut hasil penelitian Center for Public Policy Integrity, beranggungjawab atas pinjaman yang nilainya mencapai 1 trilun dollar atau meliputi 72 % industri pinjaman di AS. Pinjaman itu diberikan kepada peminjam yang sebenarnya tidak memenuhi syarat menerima pinjaman tersebut untuk keperluan kredit perumahan (mortgage).

“Bank-bank besar yang didanai oleh industri 'pemberi pinjaman' bukanlah korban krisis ekonomi seperti yang sering mereka katakan masa ini. Bank-bank ini sengaja melumpuhkan banker pemberi pinjaman yang mengancam sistem kewangan.” kata Bill Buzenberg, Direktur Eksekutif Center for Public Policy Integrity.

Lembaga penelitian itu sudah menyampaikan hasil kajiannya kepada anggota Kongres AS, bersamaan dengan rancangan Kongres untuk membentuk kumpulan tenaga pakar yang akan menyelidiki penyebab krisis kewangan yang melanda AS. Majoriti suara di Kongres AS bersetujui pembentukan kumpulan pakar tersebut untuk membongkar kejahatan dan penyelewengan ekonomi yang menjadi penyebab lumpuhnya perekonomian di negara kapitalis itu.

Mereka sikit lupa, dasar ekonomi kapitalis itupun juga sebenarnya adalah penyumbang besar yang mula menampakkan ciri-ciri kelemahannya, seperti juga sistem komunis atau sosialis yang runtuh di tempat lahirnya sendiri. Dunia kena cari alternatif lain, dengan sistem yang lebih adil lagi menjamin pembelaan ke atas kemanusiaan!! (Dari berbagai sumber -AK) copy

Friday, May 8, 2009

Tok Ketua Pakatan Rakyat dari Parit Buntar pun ada

Aku ingatkan takdak la orang Parit Buntar yang cukup tinggi semangat, sanggup pi turun Ipoh. Jenuh la tengok gambar satu-satu kut-kut ada kelibat orang Parit Buntar yang aku kenai dalam ramai-ramai tu. Bukan maksudnya takdak tapi aku tak nampak pun gambarnya.

Yang aku tau YB dari Parit Buntar memang ada kat sana pasai dia pun sama kena tangkap. Kena angkut sekali dengan Salahuddin Ayub. Takkan Ust Khalil kut, dia dah tentu-tentu ada kat sana pasai Dewan Undangan Negeri tu memang kat Ipoh. Tapi aku dok fikir kalau Dr. Mujahid ada kat sana takkan dia pi sorang-sorang kut. Tapi dia ni bukan boleh kira, sangat.

Lepas puas belek rata gambar dari blog ke blog akhirnya jumpa jugak gambar orang Parit Buntar. Lebih bangga dalam gambar tu ada dua Ketua Kampung Pakatan Rakyat. Macam gambar kat sebelah tu, depa dua orang berdiri teguh di belakang wakil rakyat Parlimen Parit Buntar. Sorang Ketua Kampung Pasir Gedabu mukim Tanjung Piandang dan sorang lagi Ketua Kampung Sungai Kota mukim Bagan Tiang.

Gambar depa tu nak tengok clik la blog minaq-jinggo

Apa-apa pun, layan...


Laa... rupa-rupanya Husam pun ada sama dekat-dekat situ...

Amaran Presiden PAS - Kesabaran Ada Batasnya


KUALA NERUS - Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bahawa kesabaran PAS ada batasnya.

Beliau berkata krisis yang berlaku di negeri Perak adalah langkah UMNO/BN yang salah sejak daripada awal lagi.

“Lalu hendak betul(kan) yang salah dengan tangkap orang, itu tidak betul. Apa yang berlaku ialah ‘mencabul’ Perlembagaan dan ‘mencabul’ demokrasi,

“krisis politik yang berlaku di negeri Perak ternyata telah melanggar Undang-undang dan Perlembagaan,

“amalan demokrasi pula cuba dipermainkan dan ‘dicabuli’ oleh pemimpin UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ‘gilakan’ kuasa,”tegasnya ketika mengulas penangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Katanya BN sepatutnya belajar dari sejarah di zaman Tunku Abdul Rahman sewaktu Perikatan memerintah negara.

Sewaktu kerajaan Tunku hendak menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu, katanya, Tunku mengambil langkah melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kali pertama cubaan Tunku tidak berjaya kerana menurutnya, PAS mempunyai majoriti mudah (simple majority) 11 kerusi iaitu tujuh parti Perikatan dan empat parti Negara.

“Parti Negara tidak menyokong Perikatan dan diambil langkah yang kedua sehinggalah berjaya ‘membeli’ Speaker (Yang DiPertua DUN), membeli wakil-wakil rakyat parti Negara, beberapa orang wakil rakyat PAS melalui politik wang waktu itu,

“maka, berlakulah proses undi tidak percaya walau pun politik wang itu suatu tindakan yang salah tetapi proses undi tidak percaya berlaku mengikut Perlembagaan dan Undang-undang,”jelasnya pada sidang media selepas melancarkan Laman Web Buletin Pendidikan PAS Pusat dan Dana Masjid di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, di Kampung Tok Jiring, semalam. (gambar kanan)

Menyentuh isu berhubung siapa yang layak menerajui PAS, beliau menyifatkan ia adalah satu isu lama yang dimainkan oleh pihak media setiap kali menjelang muktamar PAS sejak tahun 50-an dan 60-an.

Katanya PAS tidak akan tergugat dengan isu tersebut kerana PAS sentiasa konsisten dalam pentadbiran parti dengan mengamalkan semangat syura.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada anggota parti bagi memilih Presiden dan Timbalan Presiden kerana jawatan itu dilantik pada muktamar agung PAS.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahan jawatannya jika ada pertandingan merebut kedudukan itu, beliau berkata: "kita lihat keputusan mesyuarat agung tahunan."

"Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan atas perkara yang tidak diketahui lagi. Selepas keputusan itu diketahui, tahulah apa saya nak buat," katanya.

Thursday, May 7, 2009

DUN Perak: Sivakumar dipaksa keluar



May 7, 09 4:18pm
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan pada petang ini.

Tindakan Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.

Tidak lama kemudiannya, kenderaan rasmi Speaker DUN V Sivakumar jenis Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AFD 999 kelihatan keluar dengan seorang penumpang wanita di dalamnya.

Tetapi Sivakumar yang juga ADUN DAP itu tidak kelihatan di dalamnya.

Sementara itu, Datuk R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa.

Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) - tetapi mereka enggan berbuat demikian.

Speaker itu menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

Raja Nazrin Shah kemudiannya berangkat masuk ke dewan untuk majlis rasmi pembukaan persidangan DUN.

Baginda kemudian kelihatan bertitah kepada Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan).

Mohd Nizar kemudian menyeru semua ADUN Pakatan agar duduk dan mereka semua kembali di tempat masing-masing.

Raja Nazrin berangkat pulang selepas menyampai titah dan merasmikan sidang DUN dan kelihatan diiringi oleh Mohd Nizar.

FRU mula berkawal di sekitar Masjid Tg Hussin Manjoi

Wan Nordin dan Azamin Amin
Thu | May 07, 09 | 5:17:35 am MYT

IPOH, 7 Mei (Hrkh) - Ketika ini, di kawasan sekitar Masjid Kg Tg Hussien, Manjoi, lokasi dimana solat hajat dan munajat dijadualkan berlangsung hanya dipenuhi pihak berkuasa polis yang menunggu di balai polis berhampiran.Lagi

Mohd Sabu ditangkap sebentar tadi

Harakahdaily
Wed | May 06, 09 | 3:27:56 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.

Sekumpulan anggota polis di percayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.

"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.

"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.

Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

"Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu," kata Salahuddin.

Berita lanjut menyusul._

Tuesday, May 5, 2009

Sidang Dun Perak dijangka kecoh, solat hajat 5 pagi 7 Mei

Irwan Muhammad Zain
Mon | May 04, 09 | 5:54:14 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera untuk mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan yang mereka kehendaki.

Pengerusinya, Mohamad Sabu menegaskan pembubaran itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri dan bersesuaian dengan amalan demokrasi.

Beliau menegaskan sidang Dun yang dijangka akan diadakan pada 7 Mei nanti bakal menghadapi banyak kerumitan.

"Sidang Dun Perak 7 Mei nanti akan ada dua Menteri Besar, Dua Speaker dan Dua kerajaan jadi kita amat khuatir kerumitan dan kesulitan yang sudah ada ini akan bertambah.

"Oleh yang demikian kita mendesak agar Dun Perak dibubarkan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan pilihan mereka," tegas Mohamad Sabu dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, dekat sini tengah hari tadi.

Sehubungan dengan itu PAS akan mengadakan program solat hajat, doa munajat dan solat subuh pada 7 Mei ini jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.

Program tersebut telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam sidang media yang sama beliau juga menegaskan Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mengambil pendirian menolak peraturan baru yang dikenakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tegas Naib Presiden PAS itu, peraturan yang dibuat oleh SPR ini semata-mata mengikut kehendak Umno tanpa mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain yang turut berdaftar di bawah suruhanjaya tersebut.

"Larangan SPR supaya tidak ramai penyokong hadir ketika hari penamaan calon jelas mengikut telunjuk Umno.

"Sedangkan setiap kali penamaan calon, media arus perdana sering melaporkan bahawa penyokong pembangkang sedikit jumlahnya berbanding penyokong Umno.

"Jadi kenapa takut dengan kehadiran penyokong pembangkang sedangkan media arus perdana laporkan kehadiran mereka sedikit sahaja," tegas beliau.

Beliau juga menegaskan jawatankuasa itu turut menolak peraturan baru SPR yang tidak membenarkan pondok panas didirikan di tempat mengundi.

Turut hadir dalam sidang media ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat._

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044