Monday, April 26, 2010

Lari Bogel. Rumah Urut, Siapa Malu?

MALU...Tukang urut yang ditahan dalam operasi di sebuah spa semalam.

KLANG, APR 26 10: AMAT memalukan apabila seorang tukang urut wanita warga asing yang sedang memadu asmara dengan pelanggannya di sebuah spa di bandar ini, bertindak melarikan diri dalam keadaan bogel sebelum diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, di sini, kelmarin.

Dalam operasi bermula kira-kira jam 10 malam dan berakhir tiga jam kemudian itu, polis menahan lima wanita Indonesia dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral manakala dua lagi sempat melarikan diri. Siasatan polis mendapati spa terbabit mempunyai lesen sah untuk menjalankan perniagaan rumah urut, bagaimanapun pemilik terbabit dipercayai menyediakan khidmat seks kepada pelanggannya sekali gus menyebabkan mereka mampu meraih pendapatan lumayan selain mendapat permintaan menggalakkan daripada pelanggan.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pusat spa terbabit sudah dua kali diserbu pihak berkuasa, namun pengusahanya tetap berdegil dengan menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Ketika pemeriksaan dibuat, kelima-lima wanita berusia lingkungan 20-an gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan kita percayai mereka tidak mempunyai dokumen sah.

“Semua mereka kemudian dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut. Kami juga akan mengambil tindakan ke atas pemiliknya yang didapati terbabit dalam aktiviti tidak bermoral,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, harga ditawarkan untuk khidmat urutan adalah RM100 manakala caj tambahan berjumlah RM50 dikenakan ke atas pelanggan bagi menyentuh beberapa bahagian tubuh tukang urut warga asing itu. Turut ditemui ketika serbuan itu, kondom yang belum dan sudah diguna bertaburan di atas lantai.

Ketika serbuan, terdapat tujuh tukang urut berada di dalam bilik masing-masing bersama pelanggan, bagaimanapun sebaik menyedari premis mereka diserbu, mereka bergegas melarikan diri. Lima daripadanya diberkas sebelum polis mengarahkan mereka supaya menutup tubuh bogel dengan tuala.

Mohamad berkata, turut ditahan dalam seruan itu seorang pelanggan, bagaimanapun dia dibebaskan sejurus keterangannya direkodkan.

Komen Blog topengsakti: Bila lagi kes rumah urut bermaksiat ini akan selesai? Pihak kerajaan seolah-olah ketandusan idea untuk selesaikan. Pemimpin-pemimpinnya macam tak cukup otak memikirkannya. Sungguh memalukan negara umat Islam yang bernama Malaysia ini.. Hal sekecil ini kaau tak mampu tadbir, berhentilah jadi kerajaan. Bagi parti lain memerintah.

Menang, Cina Tak Sokong, 'Mana Silap Kita?' -SU Agung BN

APR 26 H/SNGOR: Menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor semalam, sebagai kemenangan yang baik, para pemimpin BN berkata parti masing-masing telah dapat menawan hati dan fikiran rakyat di kawasan tersebut.

Namun Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.

"Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.

"Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru," katanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor diumumkan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baharu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan, berbaju kelabu) pula berkata MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.

"Anjakan paradigma ini mesti datang dari pemimpin MCA. Selain itu Hulu Selangor mempunyai masalah dalamannya sendiri. Bagi saya dan pemimpin parti yang lain, banyak perkara yang perlu dilakukan.

"Ia satu lagi isyarat, jika mereka tidak meletak ke tepi perbezaan antara mereka, maka MCA akan menjadi bakul sampah politik atau dinosur politik.

"Kami p
erlu melihat kembali diri kami, sama ada selepas 50 tahun menumpukan perhatian kepada masyarakat peringkat setempat, kami perlu melihat lebih lagi. Anda boleh pasti bahawa kami akan menjadi lebih vokal selepas ini," katanya.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata walaupun BN menang, tetapi terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani dan diselesaikan.

"Sokongan di kalangan masyarakat Cina tidak bertambah. Apabila kita mula berkempen di sini, tahap sokongan hanya sekitar 12 hingga 15 peratus. Selepas perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) turun menemui rakyat, ia meningkat kira-kira 25 peratus.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pula berkata partinya perlu menggandakan usaha untuk menarik kembali sokongan pengundi India.

"Ya, kami mendapat sedikit kejayaan dalam memenangi pengundi India. Dalam pilihan raya ini kami mendapat kira-kira 65 peratus sokongan. Ia pernah mencapai 80 peratus sebelum 2008. Kami perlu mencapai sasaran ini," katanya.

Timbalannya Datuk G Palanivel (bawah, berbaju perang) yang juga bekas wakil rakyat Hulu Selangor sebelum tewas pada pilihan raya 2008 berkata, sementara kejayaan kali ini meningkatkan motivasi BN, ia perlu menilai semula dan memperbaiki kelemahannya.

"Kemenangan ini adalah baik, kita mendapat majoriti yang lebih baik tetapi terdapat kelemahan yang perlu difikirkan," katanya.

Beliau berkata MIC perlu melakukan bedah sasat dan terus berusaha mendapat sokongan pengundi India menerusi pelbagai strategi.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menyifatkan keputusan pilihan raya kecil itu sebagai kemenangan Najib dan juga kemenangan rakyat Malaysia yang ingin melihat kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara.

"Wanita Umno telah menjalankan tugas dengan penuh komitmen, disiplin dan kesungguhan sebagai jentera utama parti dalam menentukan kemenangan ini. Adalah amat penting juga untuk kita tunaikan setiap janji yang telah dibuat," katanya.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kemenangan itu menunjukkan rakyat yakin dengan dasar yang di bawa Perdana Menteri berbanding keyakinan mereka terhadap pembangkang.

"Rakyat telah pilih parti yang lebih jamin masa depan, itu tanda pemulihan rakyat dan keyakinan rakyat pada BN. Saya harap ini akan menjadi titik tolak untuk BN untuk pilihan raya kecil yang lain pada masa depan," katanya.

Video 1Bontot

Sambil itu kita saksikan perangai penyokong-penyokong UMCOBN ini. Pihak polis pun macam tak ambik port je dengan aksi terlampau depa ni....

Nik Aziz Ulas Kekalahan PR H/S'ngor

KOTA BHARU, 26 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat. Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.

“Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekalahan tipis Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor semalam. Beliau ditemui media selepas merasmikan program pertukaran Pelajar Muhammadiyah Padang Sumatera Barat dengan Yayasan Islam Kelantan di ibu negeri hari ini.

Biarpun kalah dari sudut undi, namun Pakatan Rakyat jelasnya tetap menang dari aspek moral. Sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat jelasnya cukup membuktikan Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik rakyat negara ini.

Selain itu kekalahan itu menurutnya menjadikan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh berdepan Pilihan Raya Umum akan datang. “Kita mesti ingat di Malaysia ni walaupun kita kalah dalam pilihanraya kecil tetapi bila masuk pilihanraya umum kita menang,” katanya lagi.

Pilihanraya kecil P.94 Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon BN P. Kamalanathan dengan majorit 1725 mengatasi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim. (AK)

UMNO Bermati-matian Pertahankan APCO

Saturday, April 10, 2010

Keselamatan Negara Kritikal:PDRM Diresapi Agen Israel

Ceramah YB Hj Mahfoz Omar Bukit Payong Marang,Terengganu

Ceramah Perdana Datuk Dr.Hassan Ali MTT Tok Jiring Kuala Terengganu.

Nizar dakwa MB Perak takut bubar DUN

KUALA LUMPUR, 9 April — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) menganggap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai “penakut” kerana tidak berani untuk membubarkan Dewan Undangan Negerinya (DUN) bagi mengadakan pilihan raya baru walaupun hasil kajian menunjukkan Barisan Nasional (BN) berupaya untuk menang.

“Beliau (Zambry) kata BN akan menang sekiranya pilihan raya baru diadakan, itu apa yang tersurat tetapi hakikatnya beliau sendiri tidak yakin untuk menang.

“Sebab itu beliau kata tidak berhasrat untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya baru dengan mahu menumpukan kepada agenda pembangunan Perak selain mengotakan janji kepada rakyat.

“Ketika persidangan mengapa beliau menggunakan khidmat polis untuk mengawal persidangan, menutup mikrofon dan tidak membenarkan media masuk untuk membuat liputan?

“Ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan diri sendiri dan takut kalah sebab itu macam-macam alasan diberikan untuk tidak membubarkan DUN,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Zambry yang mengatakan kerajaan negeri tidak berhasrat membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya baru sekalipun hasil kajian menunjukkan BN berupaya untuk menang.

Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang berkata, hasil kajian dari Pakatan Rakyat (PR) juga menunjukkan keputusan positif.

“Hasil kajian kita menunjukkan sekiranya pilihan raya baru diadakan seluruh kerusi MCA serta MIC akan kalah dan lebih separuh kerusi BN akan menjadi milik PR.

“Ini kerana majoriti rakyat masih memberikan sokongan kepada kita dan mereka mahu melihat pilihan raya baru diadakan.

“Kita telah bekerja kuat selama ini dan kita yakin menang sekiranya pilihan raya baru diadakan,” katanya.

Tambahnya, tindakan Zambry yang tidak mahu mengadakan pilihan raya baru bertentangan dengan prinsip rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

“Beliau kata rakyat didahulukan tetapi mengapa tidak mahu mengadakan pilihan raya baru?

“Rakyat mahu pilihan raya baru diadakan tetapi Zambry tidak mahu, bukankah ini bertentangan dengan prinsip rakyat didahulukan?

“Ini jelas menunjukkan beliau tidak mendahulukan rakyat tetapi lebih kepada soal kepentingan politiknya,” katanya lagi.

Thursday, April 8, 2010

Salam..Buat pengunjung.

Apa cerita politik pada hari ini..?

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044