Wednesday, April 29, 2009

Terangnya cahaya ketika azan di Mesjid Nabawi (Muhammad SAW).




Suasana dirakam dari jendela hotel , ketika azan. Saksikan cahaya terang bila nama MUHAMMAD RASUL ALLAH dilaungkan....

Lawak Giler

GAMBAR DI MUDZALIFAH





Assalmualaikum Wr ,
Untuk dikongsi bersama.. Wallahua'alam...
Gambar nie diceritakan sendiri pada aku oleh jurugambar yang amik gambar nie.
Dia diupah oleh Tabung Haji dan terlibat dalam merakamkan gambar jemaah haji yang memenunaikan rukun islam pada disember 2008 (tahun lepas).

Masa gambar diambil, tiada sebarang perubahan cuaca atau kerosakan pada kamera.

Gambar di ambil di mudzalifah semasa jemaah berhenti untuk berehat seketika dan beribadat.

Bila dilihat semula gambar nie, jurukamera baru perasan terdapat "bubble" di dalam gambar berikut.

Jika diperhatikan seolah2 terdapat tulisan kalimah Allah swt.Persoalan didalam gambar ini dirujuk pada ustaz di sana.

Ustaz menceritakan kebarangkalian pada waktu itu malaikat turun dari langit.Tetapi untuk tidak menujukkan wajah sebenar malaikat, ia hanya menunjukkan namanya sahaja.Jadi, kesimpulannya. ... setiap satu "bubble" itu mewakili satu nama malaikat .

Bayangkan lah betapa besarnya kuasa Allah swt.....
Panjang2 kan lah email nie..

Mungkin ada yang ingin sampaikan pada semua umat Nabi Muhammad saw pad ketika ini...

Wallahualam. ..
**sampaikan lah pesananku walau sepatah ayat pun**

PKR SAHKAN CALON PENANTI-malaysiakini


DR. MANSOR OTHMAN SAH SEBAGAI CALON PKR PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI N.12 DIUMUMKAN SEBENTAR TADI OLEH KETUA UMUM DS ANWAR IBRAHIM

Sudah terjawab siapa isu calon PR penanti...sekarang ini sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan kemenangan di DUN Penanti...Kemenangan Di Penanti akan memberi kembali kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 kepada seluruh rakyat Pulau Pinang daripada DUN Penanti...
Ayuh ke Penanti....Mesyuarat BloggersNetwork@Malaysia yang dijangka jam 5 petang di minta Haji Rahim ke pada jam 2.30 petang selepas solat jumaat ini...rakan2 bloggersNetwork di minta bagi pandangan.tq

Monday, April 27, 2009

PENANTI : TERKINI

DATO SERI ANWAR IBRAHIM KETUA UMUM PARTI KEADILAN RAKYAT
AKAN MENGUMUMKAN CALON BAGI PRK PENANTI

PADA 28 / 4 / 2009
JAM 9.00 MALAM

DI YAYASAN AMAN PENANTI
BERSAMA - SAMA DENGAN LIM GUAN ENG
( KETUA MENTERI PULAU PINANG )
DAN
PESURUHJAYA PAS NEGERI

AYUH BERAMAI-RAMAI KESANA...!!!

PENANTI TUNGGU KEHADIRAN BLOGGERSNETWORK & SRIKANDI KEADILAN!!!!

Hari mengundi DUN Penanti 31 Mei


Daftar Secara Online HPA : http://www.hpa4online.com/index.php?id=topengsakti

Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Ditanya sebab suruhanjaya itu melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut walaupun bermesyuarat Rabu lalu, beliau berkata ia tidak kena-mengena dengan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Jumaat lepas.

Sunday, April 26, 2009

Semangat '1 Malaysia' umpama Pepsi Cola - Ustaz Hadi

KOTA BHARU, 26 April - 'Satu Malaysia' tidak lebih sebagai gimik politik. Ini kerana demokrasi berparlimen yang dilaungkan di negara ini seakan-akan tidak mengiktiraf negeri yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan Barisan Nasional yang menguasai persekutuan tidak mengiktraf demokrasi berparlimen khususnya terhadap negeri yang dimenangi PAS dan Pakatan Rakyat.

"Macam mana hendak dikatakan 'Satu Malaysia', apabila PAS menang di Kelantan, Terengganu dan Perak, mereka tidak iktiraf. Antara usaha dilakukan melambatkan peruntukan kewangan.

"Selain itu mereka melantik Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sedangkan perlantikan JKKK di bawah bidang kuasa negeri.

"Macam mana dikatakan �Satu Malaysia�. Bahkan apa yang dilakukan BN sekarang untuk berpecah belah, bukan untuk menyatukan Malaysia," katanya kepada pemberita ketika menghadiri satu program di sini, baru-baru ini.[LINK]

Kejutan pemilihan kepimpinan PAS Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 25 April : Mesyuarat Agung PAS Kawasan Parit Buntar yang berlangsung di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin menyaksikan satu kejutan apabila penyadang jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar yang juga Adun Titi Serong Drs Khalil Idham Lim Abdullah tewas kepada Sdr. Bahrain Desa.

Sdr. Bahrain merupakan bekas Ketua Penerangan PAS Parit Buntar dan Pengarah MTD Kuala Kurau. Sementara itu, Haji Harun Hashim mengekalkan jawatan Yang Dipertua PAS Parit Buntar setelah menewaskan pencabarnya Haji Ibrahim bin Dahalan.

Bekas Adun Titi Serong Peguam Ahmad Azhar Sharin mengekalkan jawatan Naib Yang Dipertua tanpa bertanding. Manakala penyadang Ketua Urusan Ulama Ust. Haji Ahmad Ismail tewas kepada Ust. Muhammad Yaakob.

Berita penuh clik di [SINI]

Gambar sekitar Lawatan ke kilang HPA





Nak tengok gambar-gambar lain sila clik [sini]

Saturday, April 25, 2009

Aktiviti Pas Cawangan Taman Haji Mohd Amin

LAWATAN KE KILANG HPA
ANJURAN MUSLIMAT PAS CAWANGAN TAMAN HAJI MOHD AMIN
25 April 2009 (Sabtu)

ATURCARA PERJALANAN

MASA- AKTIVITI

7-00am Bertolak ke kilang Radix Cola Sungai Petani

8.00am - 9.00am Tiba dan melawat Kilang Radix Cola

9.00am - 10.00am Sarapan di RFC

10.00am - 11.00am Bertolak ke Kilang Biskut & Kordial di Changlon

11.00 - 12.30pm Tiba dan melawat Kilang Biskut & Kordial

12.30pm Bertolak ke Perlis

1.00pm - 2.00pm Makan Tengahari dan Solat di Perlis

2.00pm - 3.30pm Melawat Kilang Kapsul & Sos, Kopi, di Jejawi Perlis

3.30pm Bertolak ke Padang Besar

6.00pm Bertolak pulang daripada Padang Besar

7 .30pm Berhenti di R&R Gurun untuk Solat & Makan

9.30pm Tiba di Taman Haji Mohd Amin.

Majlis Hi-Tea Bersama DS Ir. Hj Nizar


Majlis Hi-Tea Bersama Menteri Besar Perak

Dato' Seri Hj Ir Mohd Nizar Jamaluddin.
Tarikh : 3hb. Mei, 2009.

Masa : 4:00 - 7:00 petang.

Tempat : Restoran Sabar Menanti (Berhampiran Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak).

Tiket Berharga : RM20 Seorang.

Emailkan Tempahan Tempat Anda (Tempat Terhad) Melalui syaomel85@gmail.com atau albanjari_online@yahoo.com atau hubungi +6012-402 6129.

Tarikh Tutup Tempahan : 2hb. Mei, 2009.

Anjuran : BloggersNetwork@Perak

Awas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor..! - malaysiakini

mSTAR Online lapor di[sini] -
  • Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing menerajui Badan Perhubungan Umno Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Maka dengan itu aku nak ngingatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor supaya berhati-hati, jangan dok lalai sangat, masih ada masa untuk perkukuhkan lagi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. jangan dok layan sangat propaganda-propaganda yang datang dari UMNO.

Kalau boleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kena ambik tindakan segera wujudkan 1 jawatankuasa penerangan yang tugasnya menangkis serangan-serangan dan jugak propaganda-propaganda yang bakal di timbulkan oleh UMNO/BN Selangor.

MP-MP, EXCO-EXCO dan jugak ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Selangor tak payah sibuk-sibuk nak menjawab propaganda-propaganda yang bakal ditimbulkan sebaliknya serahkan tugas tu pada jawatankuasa penerangan yang aku cadangkan tadi cuma korang perlu support dari segi info dan jugak fakta yang benar dan bukti yang sahih.

MP-MP, EXCO-EXCO dan jugak ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Selangor boleh teruskan kerja-kerja macam biasa malah lagi baik kalau dipertingkatkan lagi produktiviti yang ada dalam mengukuhkan kepercayaan rakyat Selangor pada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Bukan apa... kita kene ingat sejarah yang berlaku di Perak... siapa yang jadik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak sebelum berlaku rampasan kuasa dan jugak krisis perlembagaan di Perak kalau bukan Najib.

Sekarang Najib dah berpindah ke Selangor. jangan ambik mudah ingatan ni. beringat sebelum kena... dan jangan sampai pisang berbuah 2 kali, kalau pisang berbuah 2 kali, pokok pisang tak untung sebab kene tebang 2 kali tapi tokey pisang untung banyak sebab dapat tuai hasil 2 kali..!

Air Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya..!

Tuesday, April 21, 2009

Meningkatkan Kerja Komputer

chot_scoot@yahoo.com

Tweaking ini hanya berlaku untuk Windows xp

1.Matikan sistem 'restore' sebuah fasilitas dari windows untuk 'menormalkan' kembali apabila terjadi kerusakan dengan jalan mengembalikan semua setting windows kekondisi yang tersimpan oleh fasilitas ini. Cara mematikan sistem restore: buka control panel kemudian pilih sistem maka jendela sistem akan keluar, pada jendela sistem ada beberapa tab pili sistem restore kemudian mematikan sistem restore dengan mengklik chekbox dengan keterangan turn off sistem restore on all drive, kemudian apply

2.klik 'automatic-update' dan kemudian ikuti intruksi di tab itu untuk mematikannya, automaic update berguna untuk mengautomatiskan proses pembaruan website dengan mengkoneksikan komputer dengan server nya microsoft untuk kemudian secara automatis mendownload dan mengaplikasikan file-file untuk mengupdate

3.klik tab performance kemudian pilih tombol setting pada frame performan kemudian pilih 'adjust forbest performance' jangan di klik dulu di jendela klik tab advance kemudian klik tombol chang pada frame virtual memori di situ akan tampil 3 partisi. matikan file dari drive 'C' dan 'D' jangan mengklik terlebih dahulu pada list kemudian klik radio button 'no pagging file' kemudian klik set kemudian untuk 'E' yang di buat sebagai tempat pagging file. klik pada list kemudian klik pada 'sistem mabaged site' kemudian klik tombol set setelah itu klik OK

4.ketika klik start menu akan tersa ada semacam delay ketika kita berpindah antar menu. lakukan sedikit modifikasi pada registri nya. cara nya: klik run ketik regedit klik OK akn munculjendela registry pilih 'Hkey_current_user>control panel>dekstop kemudian cari menu show delay dan ubah propertinya menjadi 0 restart komputer

Shutdown Automatik


anda pernah dengar muzik hingga lewat malam melalui komputer sampai anda tertido? atau anda pernah menonton tv dengan komputer sampai tertido dan komputer tetap menyala waktu anda tidur?? hal ini selain membuat pc anda bekerja secara terus menerus juga akan membuat tagihan listrik anda membengkak!!!
sebenarnya hal ini tidak terjadi jika anda memasang timer pada komputer anda, sehingga komputer akan mati sendirinya pada waktu yang telah di tentukan. anda bisa memakai software atau tool-tool sebagai timer,tetapi sebenarnya windows sendiri sudah menyediakan tool tersebut untuk anda, jadi anda tidak perlu untuk repot-repot mencari software timer. Nama tool tersebut adalah tsshutdown.
caranya:

* klik menu start ==> run
* pada tab open ketikan: tsshutdown XX/powerdown
* jika sudah klik ok, akan muncul jendela konfirmasi
* klik ok pada jendela tersebut
* minimize jendela DOS akan muncul (jendela DOS jangan di close jika di close maka timer tidak akan berjalan)

Keterangan:
Tsshutdown(spasi)XX/powerdown
XX = waktu yang anda inginkan dalam satuan detik
misalnya anda akan memasang timer selama 1 jam (3600 detik) jadi di tab open run ketik tsshutdown 3600/powerdown,.komputer anda akan di matikan secara automatik.

Tujuh ketua Umno sokong MB T'ganu

Tujuh daripada lapan ketua bahagian Umno di Terengganu menyatakan sokongan mereka terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said untuk terus menerajui kerajaan negeri itu.

Hanya ketua bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh - salah seorang daripada 18 ADUN di Terengganu yang mendesak Ahmad meletak jawatan - tidak menyokongnya.

Bagaimanapun, ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Besut turut menyokong kepimpinan Ahmad (foto).

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha badan perhubungan umno negeri, Datuk Rosli Mat Hassan ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Daripada 24 ADUN BN di Terengganu, hanya tiga orang - Idris (Besut), Ahmad (Kemaman) dan Yahya Khatib Mohamad (Marang) - merupakan ketua bahagian

Kemelut politik

Bagaimanapun, katanya, ketua Puteri Kuala Terengganu, Nordiana Shafie tidak hadir kerana baru bersalin.

“Manakala kesemua mereka yang hadir pada hari itu telah menyatakan sokongan kepada Datuk Ahmad sebagai menteri besar.

“Kita (Umno Terengganu) akan menghantar laporan ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Rosli mengulas kemelut politik di Terengganu sekarang, selepas 18 ADUN BN mendesak Ahmad meletak jawatan menteri besar.

Mengenai bantahan ADUN-ADUN terbabit terhadap pelantikan Ketua Wanita Umno bahagian Dungun, Zainon Abu Bakar sebagai Senator, Rosli berkata:

“Pelantikan tersebut dibuat setelah dibincangkan oleh ketua-ketua bahagian Umno di seluruh negeri.

Lantikan senator

“Tetapi Idris tidak datang dalam perbincangan tersebut,” katanya.

Rosli menambah, Zainon dipilih kerana beliau layak menjadi senator berdasarkan kesetiannya kepada parti.

Katanya, Zainon mempunyai kelulusan diploma dan juga sudah 25 tahun bersama Umno.

“Oleh kerana jarang Umno wanita di Terengganu bertanding dalam pilihanraya, maka jawatan senator sesuai untuk beliau,” katanya.

Mengenai rungutan bahawa ADUN tidak dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing, Rosli berkata, ketua Umno bahagian diberi mandat untuk melantik siapa sahaja yang boleh menjalankan tugas tersebut.

Katanya, ini kerana ketua Umno bahagian yang lebih tahu perkembangan di kawasan masing-masing.

Monday, April 20, 2009

Kejadian Masa PRK059 di masjid matang..lu pikiaq la sendiri


















bangsat-bangsat yang kurang ajar sapa lagi umno la punya kerja...khak ptuih..
comment la cikit kawan-kawan



Pemuda UMNO Edar Pil Ecstacy Di Betong, Thailand - malaysiakini

Berita yang tak akan disiarkan dalam mana-mana media perdana sampai bila-bila...

Jumaat lepas (10hb. April, 2009)… 4 orang Ahli UMNO dari komponen Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy.

Dua daripada mereka merupakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa.Mereka ditangkap di pekan Betong, Thailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.Pada hari Ahad minggu lepas iaitu pada12hb. April, 2009 , Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk menjamin pemuda-pemuda tersebut.

Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Gerik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan.

Maka dengan itu polis Gerik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand.sumber berita dari Perisik Grik.
TPU - ni kalau kene tang maana-mana ahli komponen Pakatan Rakyat, memang media perdana canang gila-gila sampai PRU-13... tapi sebab kena tang batang hidung UMNO, maka berita ni didiamkan... pakai senyap terus la... Long Live Democrazy..!

Kesudahannya... - malaysiakini

Suara KeADILan lapor -KUALA LUMPUR, 18 April (SK) : DUA ahli Umno, Kadar Shah Sulaiman dan Mazlan Harun akan mencabar keputusan pemilihan Umno yang diadakan bulan lalu dengan tindakan untuk mengambil perintah mahkamah memaksa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)untuk mengambil tindakan minggu depan.“Saya dan Mazlan akan mengambil perintah mahkamah minggu depan untuk memaksa ROS untuk bertindak ke atas laporan saya terdahulu,” kata Kadar.“Kita akan tengok bagaimana nanti kesudahannya,” kata beliau lagi.
Kah kah kah kah kah... kesudahannya, Mazlan akan dikenakan tindakan... apa kesalahannya? tunggu sat... Majlis tertinggi tengah bincang...
Ini skrip gua sudah baca tahun 2004 lagi la...!!!

Saturday, April 18, 2009

kembali semula.. gempor penanti

salam..

maaf atas kehilangan diri buat sementara waktu.

mari kita bersatu di penanti.

kewajipan bagi kita memberi info pada rakyat...takbir

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044