Monday, August 24, 2009

Anwar dakwa Umno guna Radzhi tarik ADUN PKR lain

Abdul Rahim Sabri
Ogos 23, 09
11:48pm

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno cuba menggunakan ADUN Lunas Mohd Radzhi Salleh - yang keluar PKR hari ini - untuk menarik beberapa ADUN PKR yang lain, menyeberang menyertai Umno.

"Percubaan Umno ialah buat tuduhan kepada ADUN Lunas, dan kemudian menggunakan beliau untuk mempengaruhi yang lain. Kita ada rekod, beberapa ADUN, dua tiga bulan lalu, mereka mengadu kepada saya, mereka cuba dipujuk oleh ADUN Lunas supaya berpindah kepada Umno dengan bayaran yang tinggi," katanya.

Anwar berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas selesai memberi tazkirah di satu majlis berbuka puasa bersama penduduk di Surau Said, Jalan Kampung Paya malam ini.

Menurut Anwar yang juga ketua pembangkang, Mohd Radzhi juga mempunyai beberapa masalah antaranya masalah displin, masalah kewangan dan hal-hal peribadi sehingga menerima teguran daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa bulan lalu, membangkitkan perkara ini untuk disiasat. Saya tidak tahu dalam keadaan sekarang, SPRM kata tak ada kes setelah beliau keluar parti.

"Ini digunakan untuk beliau terus berunding. Kita ada maklumat beberapa bulan lalu, beliau mengadakan rundingan dengan Mahadzir Khalid (bekas menteri besar Kedah). Maka sebab itu saya bangkit di Parlimen tentang usaha untuk membeli wakil-wakil rakyat dan tidak dijawab oleh menteri," katanya.

Sehubungan itu, kata Anwar, majlis pimpinan negeri telah mengambil pendirian tegas dengan memberi amaran keras kepada Mohd Radzhi pada bulan lalu.

"Minggu lalu, majlis pimpinan negeri menggantung cabang Padang Serai termasuk ADUN Lunas kerana kes-kes yang berkaitan. Ini latar belakangnya.

"Sebab itu, YB Ahmad Kassim (pengerusi majlis pimpinan negeri) berkata sebaik-sebaiknya beliau meletakkan jawatan," kata Anwar.

Pagi tadi, Mohd Radzhi Salleh mengumumkan keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Bagaimanapun Anwar berkata menteri besar Kedah akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah esok untuk memaklumkan permintaan PKR supaya ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan exco.

Diminta mengulas pandangan bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahukan Radzhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas, Anwar berkata:

"Ya, itu yang kita minta sebab kes dia ini berlainan. Kes dia melibatkan kes displin, kes SPRM dan kes peribadi. Ini masalah yang berkait dengannya, kalau begitu rumit, bagaimana nak jadi wakil," kata Anwar.

Sekitar Permatang Pasir







Isu Syurga: Nik Aziz saman tiga media pro Umno

Oleh: Dzulfikar Mashoor
Sun | Aug 23, 09 | 5:39:06 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos: Laporan serangan yang dikiraa fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas ketiga-tiganya.

Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.

Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.

"Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)."

"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."

Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.

"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS."

Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata - ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan 'Islam Palestin'.

"Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini," katanya.

Ditanya adakah tindakan saman tersebut strategi PAS untuk menakut-nakutkan media atau lubuk mengumpul kekayaan, Hanipa mengatakan Nik Aziz bukanlah 'mata duitan'.

"Saya berasa dia (Nik Aziz) bukan begitu. Kita (saman) bukan untuk tujuan mencipta kekayaan semata-mata, tapi cukup (sekadar) membersihkan (fitnah) dirinya (Nik Aziz)."

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad waktu mencelah, menjelaskan bahawa pihak media tidak perlu gusar kerana tindakan itu khusus untuk laporan yang tidak bertanggungjawab sahaja.

"Ini (saman) bukan untuk mengancam hak kewartawanan untuk melaporkan berita secara bebas dan adil. Yang mahu kita tangani sekarang adalah suatu 'kewartawanan jahat'."

"Ini pun kita (PAS) beri peluang untuk mereka (Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3) memohon maaf. Jangan salah faham (kononnya) Pakatan (Rakyat) sudah anti media dan sebagainya," jelas Dr Dzul.

Bercakap dalam sidang media sebelumnya, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup'

"Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah."

"Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan Umno Barisan Nasional."

Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.�

Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".

Bagaimapun, Nik Aziz sudah menafikan laporan-laporan itu 2 hari kemudiannya.

Tinjauan rambang yang dibuat mengatakan bahawa dua fitnah yang dikenakan ke atas peribadi Nik Aziz itu adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred), setelah beberapa pihak terbabit gagal membunuh karektor calo PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama.

Ada juga mengatakan apa yang berlaku itu, sekadar usaha menyamakan Salleh dan calon kontroversi Umno Rohaizat Othman. _

Kes Rafizah: Bapa Mertua tuntut Rohaizat mengaku

Oleh: Dzulfikar Mashoor
Sun | Aug 23, 09 | 8:34:46 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos: Penafian berkali-kali calon Umno Rohaizat Othman bahawa beliau tidak pernah menikahi Rafizah Mohamad Ali, 29 mengakibatkan ayah kepada perempuan misteri itu, Mohamad Ali Abdullah, 59 memberi kata dua sehingga malam ini; untuk turut berceramah di Permatang Pasir sekiranya Setiausaha Agong Umno Permatang Pauh itu masih berdegil.
Selain menimbang untuk berdiri atas pentas Pakatan Rakyat demi membersihkan nama baik keluarga dan anaknya itu, Mohamad Ali sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Rohaizat, yang didakwa suami kepada anaknya.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Ayah kepada perempuan misteri dari Pekan, Pahang itu turut menegaskan bahawa beliau sendiri yang menikahi anaknya dengan Rohaizat empat tahun yang lalu.

Kes Rafizah mula menjadi percakapan umum, apabila Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan at-Tantawi mendakwa mengenali dekat keluarga Mohamad Ali.

Nasruddin menyifatkan penafian Rohaizat - bahawa Rafizah itu adalah isteri keduanya itu; bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak menghormati perasaan seorang wanita dan isteri.

Rohaizat yang pada mula tempoh bekempennya berdepan dengan pendedahan kes pecah amanah RM161,000 wang Koperasi Pekebun Kecil, berdepan dengan isu yang lebih peribadi 2 hari kemudian. _

Islam plastik bukan Islam Palestin

Zulkifli Sulong
Sun | Aug 23, 09 | 4:39:03 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Laporan media kononnya Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno mengamalkan 'Islam Palestin' jauh sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Mursyidul Am PAS itu.



"Yang dimaksudkan oleh Tok Guru adalah 'Islam plastik' bukan Islam Palastin," kata Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku karangan Nik Aziz, 'Dengan NamaMu aku hidup, Asmaul Husna' di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) pagi tadi.

Husam menyatakan hal ini di tengah-tengah pengunjung yang lebih 80 peratus dari mereka adalah Cina kerana Bookfest 2009 adalah anjuran sebuah rangkaian kedai buku, Popular Book yang memberikan fokus kepada orang Cina.

Husam dipercayai mengulas laporan media yang melaporkan Nik Aziz menganggap Islam yang diamalkan Umno sebagai Islam Palestin. Ia telah dianggap oleh para pemimpin Umno kemudiannya sebagai PAS menghina Islam yang diamalkan oleh penduduk negara yang sedang bergolak itu.

Image(Husam berdiri di sebelah banting buku yang dilancarkannya. Di sebelah beliau adalah Anual Bakri Haron, Setiausaha Politik Nik Aziz)

"Apabila saya baca transkrip kenyataan Tok Guru, media membuat laporan yang salah apabila berkata dia mendakwa Umno laksana Islam Palestin. Sebenarnya Tok Guru kata Islam plastik bukan Islam Palestin.

"Jauh tu beza antara Islam Palastine dengan Islam plastik," kata Husam dalam ucapannya itu.

Husam tidak mengulas apa itu Islam Plastik tetapi difahamkan ia adalah Islam tidak asli sebagaimana beza antara bunga plastik dengan bunga asli.

Husam dalam ucapannya juga berkata, buku yang ditulis oleh Nik Aziz berdasarkan kuliah beliau ini adalah satu ilmu yang ditulis berdasarkan ilmu dan amalan yang dilakukan oleh Nik Aziz dalam membentuk masyarakat negara ini.

Buku ini, katanya, bakal menjadi warisan sejarah yang akan dihargai oleh semua kaum di negara ini.

"Saya percaya buku ini bakal menjadi khazanah besar apabila penulisnya sudah tidak ada nanti. Jadi ambillah kesempatan semasa penulisnya hidup untuk membaca ilmu yang sangat luas ini," katanya.

Beliau mencadangkan agar buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin selain Inggeris dan Tamil.

Beliau juga mencadangkan agar semua pihak membaca buku mengenai nama-nama Allah ini khasnya ahli politik, peniaga, wartawan dan sebagainya agar ilmunya dapat membetulkan manusia.

"Saya percaya media perkauman yang ada di negara ini akan berubah kalau memahami dengan baik nama-nama Allah ini. Mereka jadi begitu kerana tidak diikat oleh Asmaul Husna Allah," katanya. _

Yusri Isahak berucap di atas pentas Pas

Setelah sekian lama ugut akhirnya Radzhi keluar

Wartawan Harakahdaily
Sun | Aug 23, 09 | 5:21:28 pm MYT
ALOR SETAR, 23 Ogos: Setelah ugut mengugut sekian lama, akhirnya Adun Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Adun bebas.

Menurut sumber, Mohd. Radzhi telah beberapa kali mengugut mahu meninggalkan Pakatan dan menyertai Umno, namun tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. Dia juga didakwa beberapa kali berjumpa dengan Datuk Seri Mahzir Khalid bagi membincangkannya.

"Kegagalan paling besar Radzhi adalah membawa sebarang pengikut khasnya di kalangan Adun Pakatan Rakyat," kata Zulkifli Yahaya, Pengarah Penerangan kerajaan negeri Kedah.

Sebelum ini, Radzhi telah beberapa kali mengugut untuk meninggalkan PKR. Antaranya disebutkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.

Media juga, termasuk TV3, telah beberapa kali menyiarkan berita tentang beberapa kes penyelewengan exco negeri Kedah namun tidak pernah didedahkan nama Exco berkenaan.

"Dan exco yang dimaksudkan oleh media sebenarnya adalah Radzhi," kata seorang pemimpin dari Kedah.

ImageRadzhi dilaporkan membuat pengumuman di Kuala Lumpur keputusannya keluar dari PKR namun tidak menyatakan samada dia meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri atau tidak.

Radzhi adalah Ezco Pelancongan Kedah.

Azizan, semasa bercakap di Bukit Mertajam berkata, beliau akan menunggu keputusan dari PKR tentang kedudukan Exco yang dijawat Radzhi kerana ia hak parti itu dalam kerajaan negeri Kedah.

"Saya masih menunggu surat rasmi dari PKR mengenai kedudukan Radzhi dan jika pucuk pimpinan parti itu minta saya gantikan orang lain (Anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR) maka saya akan ganti dengan orang lain.

"Setakat ini, saya cuma mendengar berita mengenai tindakan Radzhi yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas tetapi saya belum dimaklumkan oleh beliau sendiri," kata Azizan sebagaimana yang dilaporkan sebuah media. _

FATWA DORAEMoN

Salam 2 all.

Alhamdulillah selesai kita menyempurnakan hari pertama 'ibadah puasa. Moga-moga ALLAH menerima 'ibadah kita insyallah.

Saya agak terkilan melihat Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof. Abdul Syukor begitu cepat mengeluarkan fatwa menyesatkan Tok Guru Nik Aziz yang menegaskan bahawa Islam ala UMNo tidak akan membawa pengikutnya mendapat syurga.

UMNo/ Be End tak sudah-sudah dengan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz. Seluruh media dan kempen memberi gambaran seolah-olah Tok Guru telah sesat, siap dengan suruh bertaubat lagi. Tak cukup dengan media, Jawatankuasa Fatwa sepantas kilat rela diperkudakan.

Punyalah banyak isu dan persoalan yang perlu dirungkai oleh para agamawan hadharion ini, tau-tau bile trumpet UMNo berbunyi, maka berkokoklah para hadharion sekelian.

Yang fatwa mereka keluarkan 22 tahun lepas memfatwakan bertafakkur depan Tugu Negara sebagai syirik sampai hari ni UMNo/Be End tak ikut, takde pulak mereka nak berkokok sakan. Inilah nasib bila golongan agamawan menjadikan 'ilmu mereka sebagai sumber cari makan.

Yang paling menghairankan bagaimana Prof. Abdul Syukor boleh mengeluarkan fatwa kilat tersebut. Bila masenya Majlis Fatwa bersidang? Dan sangatlah memalukan bagi sebuah Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tanpa memanggil dahulu Tok Guru Nik Aziz memberi penjelasan, bermuzakarah atau membela diri!

Adalah hukum keadilan paling asasi bahawa tidak ada insan yang boleh dihukum sebelum diberi peluang mempeertahankan atau membela dirinya. Tau-tau keluar fatwa Tok Guru dah diisytihar sesat, menyeleweng dan disuruh bertaubat.

Apa Prof. Abdul Syukor ingat ni fatwa doraemon ke..main keluar terus dari poket. Dan apa yang jelas fatwa itu terang-terang dibuat kerana mengikut telunjuk UMNo/ Be End!

Saya nak tanya Prof. Abdul Syukor, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Hadorion ini, apakah mengubah ayat ALLAH saperti yang dibuat UMNo/Be End tidak sesat?
ALLAH perintahkan sebat/ rejam penzina, UMNo/ Be End tukar kepada denda;
ALLAH perintahkan qisas dalam kes bunuh, UMNo/ Be End pakai undang-undang Lord Reid;
ALLAH kata curi potong tangan, UMNo/ Be End tukar kepada penjara;
ALLAH perintahkan jangan sembah berhala, UMNo/ Be End terus menerus menyembah Tugu Negara walaupun difatwakan syirik oleh Majlis fatwa;
ALLAH perintahkan wanita Islam menutup aurat, namun UMNo/Be End biarkan pramugari muslim di syarikat Air Asia dan MAS dipaksa memakai mendedah aurat dan pakaian yang mengaibkan;
ALLAH kata Al Quran undang-undang tertinggi, UMNo/ Be End letakkan Perlembagaan Persekutuan mengatasi Al Quran (Artikel 4 Perlembagaan).

Apakah itu semua ok bagi Prof Abdul Syukor? Apakah itu tidak sesat? Tidakkah Prof Abdul Syukor merasakan UMNo/ Be End perlu bertaubat nasuha dan ubah segera segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar yang dilakukan UMNo/ Be End.

Apakah melakukan segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar itu membolehkan UMNo/ Be End layak mendapat syurga ALLAH?

Sepatutnya Prof. Syukor dan kekawannya dalam Jawatankuasa Fatwa menasihatkan UMNo/ Be End supaya kembali mentaati perintah ALLAH sepenuhnya.

Saya tidak nafikan ahli-ahli UMNo/ Be End beragama Islam. Saya sedar ada dikalangan mereka juga solat, puasa, zakat, haji, umrah dan lain-lain. Saya tak nafikan mereka menganjurkan musabaqah, mereka berarak semasa maulid dan hijrah, mereka sambut isro' mi'raj dan mereka bertarawih penuh 20 roka'at.

Namun mereka menyokong dan mendokong sebuah pertubuhan yang jelas dan terang-terang tidak mematuhi perintah ALLAH, malah melakukan sebaliknya hingga ke tahap menukar ayat Al Quran dan berbuat syirik!

Sebab itu kepada rakan dan kawan dalam UMNo/Be End, bertaubatlah dan kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah tunduk kepada ALLAH, patuhilah Al Quran dan sunnah Rasul.

Dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, marilah kita cerminkan diri kita. Terimalah teguran Tok Guru itu sebagai suatu nasihat untuk kita melakukan islah dan perubahan pada diri dan kumpulan kita.

Amatlah malang apabila Tok Guru memberikan teguran dan nasihat, bukan sahaja kita tak mau dengar, kita sesatkan dia pula. Kita pula yang menyuruh Tok Guru bertaubat. Kita kata Tok Guru menyeleweng, kita kata Tok Guru pemecahbelah umat.

Saya teringat kepada Nabi saw apabila Baginda menegur dan menasihatkan golongan musyrikin Makkah, menyatakan 'amalan mereka akan membawa mereka ke neraka; mereka bukan sahaja menuduh Nabi telah sesat, Nabi pemecah belah masyarakat.

Maka bersatulah golongan kuffar Makkah menjadi United Musyrikin National Organization, menentang risalah yang dibawa oleh Rasulullah.

Manusia jarang nak belajar dari sejarah, sedangkan sejarah itulah cermin buat diri mereka.

Moga Ramadhan ini membawa satu sinar baru keimanan dan ketaqwaan yang hakiki kepada bangsa Melayu yang bernasib baik diperlembagaankan sebagai Muslim. Janganlah dipersia-siakan anugerah dan ni'mat Islam & Iman yang ALLAH berikan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009

Sokongan masyarakat semakin memihak kepada Pakatan Rakyat

Hujan lebat tidak menghalang Ust Salleh Man daripada menemui orang ramai di sekitar pekan Permatang Pauh dan Sama Gagah di sini pagi tadi.

Turut bersama beliau ialah Menteri Besar Perak, DS Mohammad Nizar Jamaluddin.Mereka turut terserempak dengan rombongan Menteri Besar Selangor Tan Seri Khalid Ibrahim semasa mengadakan kempen bertemu masyarakat disekitar kawasan tersebut.

Orang ramai begitu gembira menyambut kedatangan mereka dan masing-masing menyatakan sokongan kepada calon PAS yang bertanding.Kalangan peniaga dan masyarakat Cina yang ditemui begitu mesra dengan DS Nizar kerana dapat berbual dengannya dalam bahasa ibunda mereka.

Tanpa menghiraukan keadaannya yang basah,Ust Salleh Man dan DS Nizar terus menemui para peniaga di sekitar deretan kedai dan pasar awam di situ untuk mendapat sokongan mereka pada PRU 25 Ogos Ini.

Rohaizat nampak alim tetapi....

Soksek terhangat di Permatang Pasir terkini ialah berkenaan calon BN, Rohaizat yang telah berkahwin lagi dengan seorang wanita bernama Hafizah Mohd Ali dari Felda 11, Pahang.

Rohaizat telah menafikan berita tersebut dan mendakwa isterinya hanyalah Hairun Nisa seorang sahaja.

Namun pendedahan tersebut telah mendorong SB untuk menyiasat lalu mereka telah pergi menemui bapa wanita tersebut.Bapa wanita tersebut mengesahkan cerita tersebut dan kini pemimpin BN/Umno tengah menggelabah tak tau nak cakap apa untuk membela Rohaizat berkaitan isu terbaru ini.

Shahrizat cukup marah kerana sikap Rohaizat yang telah mengabaikan isterinya itu dan ini sangat menghina kaum wanita.Shahrizat sangat kecewa dengan sikap Rohaizat dengan berkata, " Tak sangka, Rohaizat tu nampak alim rupanya ...."

Thursday, August 20, 2009

Fitnah Dan Adu Domba Perkauman Politik Pimpinan Umno-BN

Selepas saya menjadi sasaran fitnah, serangan pimpinan umno-bn beralih pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Segala macam tuduhan dihamburkan oleh media milik penguasa kepada ulama tersebut. Pimpinan umno dan konco-konco mereka sanggup memutar belitkan fakta hatta memintal fitnah asalkan matlamat untuk memenangi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir terpenuhi.

Apatah lagi bila tersepit dihimpit kecuaian sendiri ketika memilih calon, segala upaya dan jentera propaganda digembeling merekayasa fiksi politik. Adu domba dilatari politik perkauman sempit biar rakyat terus berpecah, sedangkan pimpinan umno seharusnya sedar, merekalah yang menyebabkan terbit rasa curiga dalam masyarakat. Walhasil merekalah yang terkait dengan pelbagai tuduhan penyelewengan amanah rakyat.

Manakala itu Pakatan Rakyat tetap terus beriltizam untuk membawa Perubahan dan arus Politik baru sunggupun berulang kali tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada kami. Saya yakin rakyat akan membuat pilihan yang tepat memandangkan mereka tidak sanggup dipermainkan lagi.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, August 18, 2009

Serangan Peribadi Terhadap Anwar Bukti Umno Terdesak

Acara Kempen Pakatan Rakyat di DUN Permatang Pasir, 19 Ogos 2009

RABU, 19 OGOS 2009

———-

CERAMAH 1

MASA: 8.00 malam – 11.00 malam

TEMPAT: DEWAN UPLIFTING SOCIETY KG CROSS STREET

PENCERAMAH:

1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

2) YAB LIM GUAN ENG

3) YB CHONG ENG

4) YB JEFF OOI

5) USTAZ SALLEH MAN (CALON)

———-

CERAMAH 2

MASA : 9.00 malam – 12.00 tengah malam

TEMPAT: JDM PEKAN PERMATANG PAUH (RUMAH PAK GHOUSE)

PENCERAMAH:

1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

2) YB MAHFUZ OMAR

3) YB SAIFUDDIN NASUTION

4) YB MUJAHID YUSOF

5) USTAZ SALLEH MAN (CALON)

———-

CERAMAH PERDANA

MASA: 9.00 malam – 12.00 malam

TEMPAT: BUKIT INDERA MUDA

PENCERAMAH :

1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

2) YBHG MOHAMAD SABU

3) YB PROF MANSOR OTHMAN

4) YB ABDULLAH SANI

5) USTAZ SALLEH MAN (CALON)

Monday, August 17, 2009

Permatang Pasir@Penamaan Calon

Sekitar Penamaan Calon Permatang Pasir...








Permatang Pasir - Shahrizat Berjumpa TGNA Kerana Tak Puas Hati

Insiden Shahrizat berjumpa TGNA dan TGHH kerana TIDAK PUAS HATI KEPADA PAS ???

Dari kunjungan hormat muslimat PAS/PR ke kem BN pagi tadi memaklumkan berlaku pertikaman lidah antara Wanita Umno yg diketuai oleh Shahrizat yg memeprtikaikan TGNA membela DAP yg jelas menghina ISLAM.

Lalu bagi meredakan keadaan, muslimat telah membawa sendiri Shahrizat berjumpa TGNA untuk bertanyakan 1 to 1, untuk beliau menzahirkan rasa TIDAK PUASHATI beliau kepada Tuan Guru.

TGNA menjawab, DAP HINA ISLAM, betullah..kerana mereka tak faham islam, cakap kampungnya begitulah..berbeza dgn UMNO yg faham ISLAM tapi tak mahu pada ISLAM..so apa nak riuhkan DAP hina ISLAM, depa memang tak pahe..setelah mendapat jawapan TGNA, Shahrizat tunduk malu dan meninggalkan kem dengan rasa yg berbalam-balam, tunggu apa TV3 malam ni nak goreng plak..isu ini.. - sumber dari albanjari

(2) N11 @ sayembara - RM30 juta untuk UMNO meng'emas'kan Permatang Pasir ?

Terkini ! Sumber yang baru diterima ke blog, menyatakan bahawa Umno-BN akan bermandi duit lagi di PRK ini selepas Manek Urai. Sejumlah RM30 juta telah diperuntukkan untuk menawan Permatang Pasir. Wow ! Banyak tu !! Kemungkinan dengan peruntukan sebanyak ini, aksi-aksi 'gatal' dan 'terlucah' seperti tahun lalu mungkin tidak akan kelihatan, yang mungkin terlihat..kita tunggu esok ! Aksi yg lebih rempit dan 'mengepit' !! Bravo !

Program Santai Blogger PAS Perak meriah !


Perjumpaan santai bloggers Pas Perak berlangsung dengan jayanya di Hannifa Kem (Kebun Pak Kholil), Jahang Gopeng. Program yang bermula jam 3 petang itu telah berjaya mengumpulkan melebihi 30 orang bloggers di Perak. Perkenalan mesra di antara bloggers yang selama ini hanya mengenali antara satu sama lain melalui nama-nama samaran dilaman maya mengeratkan lagi ukhuwwah sesama mereka.

Laman blog - dan bloggers yang hadir pada program santai kelmarin. Wak albanjari mana ??

Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs Khalil Idham Lim mengalu-alukan bloggers yang hadir.

Mungkin ramai lagi bloggers Pas di luar sana yang tidak dapat hadir hari ini. Yang tersesat mencari tempat ini pun ada juga agaknya.

Pesuruhjaya Pas Perak, Ust Abu Bakar Hussein sempat meluangkan masa menghadiri seterusnya memberikan sedikit tazkirah dan taklimat kepada bloggers yang hadir.

Perjumpaan santai bloggers Pas ini hanyalah sebagai permulaan untuk mengumpulkan seberapa ramai bloggers untuk diaktifkan semula blog induk Perakini.

Bloggers muslimat yang aktif membawakan dakwah dan info.

Penulis blog sama juga dengan penyair zaman dahulu. Tulisan anda dapat memberikan maklumat terkini kepada orang ramai dan juga membawa dakwah kepada pembaca. Jika ada terdapat komen yang baik daripada orang-orang umno ataupun yang bukan ahli, tak salah untuk siarkan untuk dikongsi bersama.

Setiap penulisan biarlah berhemah sesuai dengan imej Pas. Dapatkan maklumat yang pasti dan jelas sebelum memberikan apa-apa komen tentang sesuatu isu. Selitkan ayat-ayat al-Quran dan juga hadis Nabi bagi menguatkan hujah tulisan anda.

Semuanya terpegun mendengar taklimat daripada Ust Bakar.

Syoknya dengar Ust Bakar bagi pengisian. Memang berbaloi-baloi ana datang hari ni.

Ana punya blog diambang 5 juta klik. Dalam hutan pun ana boleh update blog. Bubar dun nanti boleh hit 10 juta agaknya.

Anaksengat antara yang menjayakan santai ini. Tahniah kerana kelahiran anak kelima malam tadi. Tambah lagi seorang blogger pas.

Nak taaruf jugak ke? Sapa yang tak kenal saya? Blogger paling digeruni umno.

Macam kumpulan dikir barat pulak. Blogger pas bagan datuk tengah perkenalkan diri.

Hello...hello. Ya. Sekarang ni semangatbesi tengah taaruf dirinya. Ya. Ramai kat sini. Penuh. Ya. Ya. PJ pun ada sama. Ok. Nanti call lagi. Ok. Ok. Bye. (jangan tengok yang depan ni, tu..yang tengah cakap telefon tutup mulut tu. tapi dia bukannya sb)

Blogger anakmuallaf ni peramah orangnya.

Ummi Anni ni nak perkenalkan diri ke atau mempertahankan diri ?, memang gerun Umno tengok. Ataupun sebab cik abang tu tengah zoom tangkap gambar dia kot ? Siang2 pun sakit pinggang ker ummi ? wakakaka..!!

Menulis blog samalah seperti kita bercakap. Nabi bersabda, berdiam diri adalah lebih baik daripada berkata yang sia-sia. Jadi, menulis blog hanya bila perlu ataupun bila ada maklumat yang hendak disampaikan. Jika tiada perkara yang perlu, tak perlulah menulis blog hanya sekadar suka-suka dan bagaikan terpaksa. Selarikan tulisan anda dan tumpukan satu-satu isu yang hangat pada satu masa untuk menjawab tuduhan dan fitnah musuh terhadap pimpinan dan parti kita. Jika boleh, selitkan tulisan didalam bahasa Inggeris untuk menarik dan memberi maklumat tentang Pas dan Islam kepada pembaca bangsa lain.

Sebaldi langsat, Alhusseyn sorang je balun

Mandi sungai, sudah...makan durian dan langsat, sudah...apa lagi yang belum? oh ye, tidur...zzzzz

Kopek durian pakai tangan je...semangat besi le katakan

Nah! Mike ambik yang ni. Makan pueh-pueh. Nak lagi kabo. Sebakui ada lagi tu

Banyak lagi buah durian tu weh. Habih ni kang, teman balun yang sana punya pulak

Antara bloggers Pas Perak yang hadir bergambar kenangan bersama


Perjumpaan blogger Perak, yang dianjurkan oleh Lujnah Penerangan Pas Perak dapat sambutan. Walaupun bukan semua blogger yang dapat hadirkan diri kerana urusan lain namun perjumpaan mendapat sambutan yang luar biasa. Perjumpaan yang dibuat betul2 disebelah sungai dan di pendalaman adalah program santai di samping itu YB khalil idham lim atau lebih mesra dengan cina islam sempat membeli 2 bakul durian untuk peserta yang hadir.

Program ini juga untuk menjalinkan ukhwah dan kenal mengenal antara satu dengan yang lain. Turut hadir dalam prog tersebut, Pesuruhjaya Pas Neg.(ustaz Abu Bakar Husin), Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri (ustaz Akmal) dan beberapa lagi.
(*) sumber - dari blog Ajijoi dan Pemuda PAS Teluk Intan (link)

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044