Sunday, August 2, 2009

Demo 1 Ogos: Perhimpunan berjaya


Perhimpunan mansuhkan ISA berjaya - Cif Komander

Ahmad Tajdid | Foto Wan Zahari Wan Salleh

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Walaupun gagal menyerahkan memorandum menggesa ISA dimansuhkan ke Istana Negara ekoran sekatan pihak polis, Cif Komander Himpunan Mansuhkan ISA, Salahuddin Ayub tetap menganggapnya sebagai berjaya.

Ketika dihubungi Harakah sebentar tadi, Salahudin berkata walaupun banyak rintangan dan halangan yang dihadapi para peserta perhimpunan, mereka telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk terus berhimpun secara aman.

Menurutnya, walaupun kerajaan BN menggunakan media massa dan pasukan polis untuk menggagalkan perhimpunan itu, kehadiran puluhan ribu rakyat daripada segenap lapisan masyarakat membuktikan sokongan padu mereka agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan."Walaupun memorandum tidak dapat diserahkan kepada Istana Negara, kita amat terharu dengan semangat yang ditunjukkan rakyat yang berkumpul secara aman bagi menggesa ISA dimansuhkan," katanya.


Menurutnya, disiplin dan kesabaran tinggi ditunjukkan para peserta perhimpunan dalam menghadapi provokasi dan tindakan ganas pihak polis membuktikan bahawa rakyat negara ini sudah matang dalam melaksanakan hak-hak mereka yang digariskan Perlembagaan termasuk hak berhimpun secara aman.

Ini katanya terbukti apabila tiada harta benda awam yang musnah dalam perhimpunan membabitkan puluhan ribu orang itu.Mengulas tentang jumlah tangkapan yang tinggi pada perhimpunan kali ini, Salahuddin berkata pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah menyediakan 30 peguam untuk memastikan mereka yang ditahan selamat dalam tahanan polis dan dibebaskan segera.


Beliau yang juga Naib Presiden PAS mahu kerajaan BN melihat perhimpunan hari ini sebagai isyarat jelas daripada rakyat yang menuntut akta zalim itu dimansuhkan.GMI juga, katanya akan terus mengadakan program susulan bagi menggesa ISA dimansuhkan.

"Kita juga akan tetap menyerahkan memorandum kepada Istana Negara pada minggu hadapan," katanya.Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta perhimpunan dan pihak yang membantu menjayakan perhimpunan itu.- tajdid (Harakah)

No comments:

Post a Comment

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044