Sunday, August 2, 2009

ISA....Rakyat Jawab Najib


Seorang peserta demonstrasi telah patah kaki selepas beliau terjun ke dalam sungai di belakang SOGO untuk melarikan diri dari pancutan "water canon"


Perdana Menteri, menurut media suruhan BN, hairan mengapa ribuan rakyat keluar membantah ISA. Katanya akta itu sedang dikaji oleh kerajaan. Maka menurut Najib Razak, demonstrsi dan bantahan terhadap ISA tidak perlu.

Itu kata Najib. Kata rakyat pula, janji kerajaan untuk mengkaji ISA sudah lama didengar.Sehingga membosankan. Rakyat tahu sebaik sahaja Najib menduduki jawatan Perdana Menteri, beliau bebaskan beberapa tahanan ISA, dan tabur janji itu DAN pada masa sama tangkap beberapa orang lagi menggunakan undang-undang itu.

Sehingga sekarang tidak ada perkembangan mengenai janji itu. Kerajaan masih mendapatkan maklum balas dan cadangan? Beri kerajaan masa kerana karier Najib sebagai PM baru berusia 100 lebih hari ?

Rakyat sudah beri masa yang cukup lama. Najib sendiri pun tahu pendirian rakyat terhadap ISA lama sebelum beliau jadi PM. Hakikatnya tidak apa yang berlaku. ISA tetap ada, tetap kejam.

Malah sejak ia diwujudkan 40 tahun lalu,kajian memang sudah dijalankan. Pindaan telah dibuat. Namun kekejaman ISA tetap kekal.

Ramai rakyat menjadi mangsa. Begitu juga keluarga mereka. Yang jelas rakyat tidak puas hati dengan apa yang telah dijalankan oleh kerajaan. Dan rakyat sudah tidak percaya dengan janji kerajaan termasuk janji Najib tentang kajian yang hendak dilakukan.

Mesej rakyat jelas. Hapuskan ISA. Bukan sekadar kaji dan pinda sikit sini, sikit sana untuk mengaburi mata rakyat dan untuk melaung laung kononnya kerajaan sudah laksanakan apa yang dijanji.

Kisah tahanan ISA kita semua maklum. Cara ISA dikuatkuasakan pun kita sudah tahu.

Malah sebut sahaja ISA, semua tahu ia bermakna seseorang boleh ditangkap dan ditahan tanpa dibicara dalam mahkamah. Tangkap atas arahan Menteri Dalam

Negeri selama 60 hari di tempat yang dirahsiakan daripada anggota keluarga dan umum. Hanya Tuhan yang tahu apa yang berlaku disebalik tirai besi.

Dan tempoh tahanan boleh dilanjutkan setiap dua tahun, juga atas budi bicara menteri dan ini boleh berterusan dengan kuasa mutlak Menteri DalamNegeri. Tahanan tidak punya hak untuk mencabar penahanan mereka. Itu kekejaman ISA sepintas lalu.

Yang pasti semua tahanan ISA mempunyai cerita masing-masing yang mengerikan.

Berdasarkan itu, rakyat hairan mengapa Najib hairan rakyat membantah ISA. Rakyat menjawab dengan keluar beramai ramai untuk menuntut keadilan dan memohon sembah kepada Yang Dipertuan Agong mencemar Duli menghapuskan kekejaman.

Agak aneh untuk Najib mempertahankan ISA tetapi mencanang kononnya beliau mendokong dan menghormati hak asasi manusia. Yang jelas ISA melanggar setiap aspek hak asasi manusia, nilai-nilai Islam dan agama-agama lain.

Malangnya hasrat rakyat mahukan undang-undang zalin dimansuhkan "dilayan" kerajaan dengan gas pemedih mata, semburan air asid, belantan polis dan tangkapan."Terima kasihlah wahai Perdana Menteri"

http://biaqpila.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044