Monday, June 29, 2009

PRK N41 Manek Urai :UMNO Pilih Tuan Aziz Tuan Mat


Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilhan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pemilihan beliau yang juga pegawai kanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Pusat Operasi BN manek Urai, sebentar tadi.

Awal-awal lagi nampaknya UMNO bakal menghadapi tentangan dari ahli-ahli partinya sendiri dimana calon pilihan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Che Jalal Muda telah dicicirkan. Sementara hasrat Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krai Rohani Majid untuk menjadi calon turut berkecai.

PAS menampilkan Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan yang terkenal di Kuala Krai.


Fauzi yang berusia dalam lingkungan 40-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

Sunday, June 28, 2009

'Kenapa Umno tolak Islam' - Nik Aziz ajak Najib berdebat


KOTA BHARU, 27 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat).

Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.

"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.

"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.

"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).

"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan," jelasnya pada sidang media selepas mengimamkan Solat Dhuha sempena Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Al-Baraah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini pagi tadi.

"Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, 'rahmatan lil-'aalamin', rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan,"katanya.

Tambahnya,Islam kini dianggap semacam satu 'laknat', (dan membawa kepada) pecah belah, dan (sekiranya) melaksanakan Islam itu tidak maju dan membawa kemunduran.

"Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.

"Ini (program dilakukan seperti ini) cara Nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal.

"Mengenai cara demokrasi, Amerika pun telah mengadakan debat terbuka di kalangan calon-calon Presidennya termasuk (yang dihadapi) Obama sendiri berdepan dengan calon Presiden Amerika dari parti lawannya, dan cara itu kini digunakan negara jiran, Indonesia.

"Pengamal demokrasi melakukan demikian oleh kerana negara ini disebut bukan (mengamalkan cara) Komunis.

"Cara mujadalah ini bukan pandai-pandai saya. Ini kerja Nabi, (oleh kerana perkara ini) ada Hadisnya dan ada Sirahnya.

"Oleh itu tidak ada sebab tidak mahu bermujadalah dalam satu saja isu iaitu 'Kerana Apa Umno Menolak Islam'.

"Saya nak tahu itu saja. Biar rakyat pun faham, biar masyarakat jelas oleh kerana (ketika berada) di akhirat kelak, tak selesai dengan mahkamah (dunia).

"Takkanlah dalam kubur nanti, saya nak kata; 'Ini keputusan Mahkamah Malaysia'.

"Apabila masuk kubur, (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Kuala Lumpur, bahkan yang ada Kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku keputusan yang dibuat dan bercanggah dengan Islam," tegasnya. - mks._

Gambar sekitar Ceramah di Manek Urai: Taukeh Ikan Lawan Taukeh Getah

Sebelah kiri pentas utama juga penuh dengan lautan manusia...

Zoom out... Hampir 10.000 pengunjung... media perdana sembunyikan fakta sebenar.

TGNA membacakan doa memohon keberkatan dari Allah kepada calon yang ditonjolkan olh PAS dalam pilihanraya DUN Manek Urai.

Lain semua ok... semua ngam... yang paling ngam dan sempoi ialah selipar jepun Dato' Husam... hahaha... sempoi... Hisham Rais Tukar Tiub mesti cakap "Husam Cool...!"... hahaha...!!!

Calon PAS, Fauzi Abdullah seorang peniaga ikan di Pasar Besar Kuala Krai. berumur 50 tahun, lahir di Guchil, mempunyai seorang isteri, bapa kepada 5 cahayamata (4 lelaki dan 1 perempuan), meneruskan perniagaan keluarga sejak tahun 1980.

Beliau adalah seorang yang amat mudah didekati oleh sesiapa sahaja. amat dikenali penduduk tempatan Kuala Krai kerana kebiasaannya yang mudah menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan atau apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang mengadu masalah kepada beliau. ini antara kelebihan yang ada pada Fauzi Abdullah.

Dari segi politik pula, beliau adalah seorang Ahli Majlis Daerah Kuala Krai dan juga sebagai Bendahari PAS Kuala Krai. dikatakan juga pernah memegang jawatan sebagai penyelia DUN.

Dari segi keperibadian pula, beliau adalah seorang yang taat menjalankan suruhan agama, mudah didekati baik kawan mahupun lawan, mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan amat bertanggungjawab didalam menjalankan amanah.





Petang ni di Manek Urai jam 4 petang, UMNgOk akan mengumumkan calon mereka. Mahyuddin Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan mengumumkannya calon tersebut. jika tiada aral melintang, akan bertembung 2 orang taukeh besar di Manek Urai...

PAS mempertaruhkan taukeh ikan dan UMNgOk pula mempertaruhkan taukeh getah. secara peribadi aku nampak kelebihan ada pada calon PAS yang merupakan seorang peniaga ikan di Pasar Besar Kuala Krai.

Calon UMNgOk pula nampaknya terpaksa bekerja keras untuk menambat hati bakal pengundi.

Kenapa aku cakap macam tu..? sebabnya pada pandangan kasar aku, taukeh ikan yang ditonjolkan oleh PAS lebih dikenali kerana majoriti penduduk Kuala Krai khasnya Manek Urai sudah kenal akan calon PAS. majoriti penduduk Kuala Krai pasti pernah berurusan dengan Fauzi Abdullah di pasar Kuala Krai dalam urusan jual beli ikan. kah kah kah kah kah ... !!!

Tapi rasa-rasa koran la... adakah majoriti penduduk Kuala Krai pernah berurusan dengan taukeh getah..? erm...

Secara lojik la... setiap rumah wajib ada dapur dan mustahil ada isi rumah yang tak makan ikan dan secara lojik juga, bukan setiap tuan rumah ada kebun getah... jadi...

Korang pikir la sendiri..! kah kah kah kah kah ... !!! pimpinan PAS memang bijak dalam memilih calon. tahniah.

sumber: topeng perak

Saturday, June 27, 2009

Mensyuarat Khas...PCTHMA

Mensyuarat Khas PAS Cawangan Taman Haji Mohd Amin di rumah Haji Zakaria baru sahaja selasai..Agenda mesyuarat Persiapan Ceramah Perdana Pada 2 julai . Tempat Masjid Batu Kampung Pertama Permatang Pauh...Syabas buat SEMUA jemaah dari saya di Gelang Patah JB.

Tok Guru Nik Aziz di Himpunan Perdana Perpaduan 100 Ribu Rakyat

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100 Ribu Rakyat pada 30 Jun nanti.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula jam 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut melibatkan kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.

ADUN & MP Pakatan Rakyat Perak serah memorendun ke Suhakam



25 Jun - ADUN & Ahli Parlimen Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah menyerahkan memorendum kepada Timbalan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun. Memorendum berkenaan salah laku Polis terhadap peristiwa ' BAJU HITAM' 26 mei 2009.





Live Dari Manek Urai…

Antara Kepimpinan Pakatan Rakyat Yang Hadir Pada Malam Ini…-

-TGNA
- TGHH
- Datuk Husam Musa
- Lim Kit Siang
- Saifuddin Nasution
- Dr Hatta Ramli
- Dr Syed Azman
- Ustaz Abdul Halim
- Abdul Fatah Harun
- Ustaz Abdul Latif

11: 26 - Calon Pas DUN manek Urai ialah Mohd Fauzi Abdullah – TGNA

11:15 – TGNA Sedang Menyampaikan Amanat Dan Seterusnya Akan Mengumumkan Nama Calon PAS untuk Yang Akan Bertanding Di Dun Manek Urai

- Umno perangai supo komunis… tapi kalau orang sebut komunis dia marah…
- Perangai Umno Hok serupo komunis ialah tolok hukum tuhan… supo komunis lah tu, Sebab komunis tolak hukum tuhan

10:50 – TGHH Sedang Menyampaikan Amanat Penting

10:33 – Lim Kit Siang Menyampaikan Ceramah

10:12 – Husam Sedang Menyampaikan Ceramah

9:45 – Saifuddin sedang menyampaikan ceramah penerangannya…

Isu yang dibangkitkan oleh saifuddin…

-Kerajaan Pusat Rampas Royalti Minyak Negeri Kelantan…

-Kenapa Heret DSAI Ke Mahkamah sedangkan Saipull tidak diliwat

9:40…. Ketibaan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

9:35… Ketibaan Mursyidul Am PAS TGNA

sumber perisik-rakyat

Siri Ceramah Perdana...

MEMPERKASAKAN PAKATAN RAKYAT


YB.SDR AZMIN ALI
(Naib Presiden PKR)

Y.BHG.UST.HJ.HASSAN RAZAK
(Pegawai Khas MB Kedah)

Y.BHG UST.MOHD KHAIRUL EKHWAN ZAKI
(Mudir Maahad Tahfiz,Pengkalan Chepa)

Tarikh
29hb Jun 2009
Masa
9.00 Malam
Tempat
Dewan Ustaz Wahab Noor,
Masid Tinggi.Bagan Serai Perak.

Tuesday, June 23, 2009

Usrah PAS Bagan Datoh turut dihadiri oleh orang bukan Islam


Oleh Misbahul Munir MasdukiPenyokong-penyokong PAS dari kalangan bukan Islam turut serta dalam program Usrah Mingguan PAS Kawasan Bagan Datoh yang diadakan di markaz PAS Kawasan Selekoh baru-baru ini. Jarang-jarang sekali, dalam program dalaman PAS yang bebentuk pengisian dalaman dihadiri oleh orang-orang bukan Islam.Tetapi di Bagan Datoh, markaz PAS yang dijadikan pusat kegiatan parti termasuk Usrah Mingguan turut juga dihadiri oleh penyokong-penyokong PAS dari kalangan Cina dan India.Biasanya program usrah bermula dengan solat berjamaah, bacaan ma'athurat, pembentangan teks usrah menggunakan buku-buku tertentu atau kertas-kertas kerja tertentu, dibentang oleh naqib dan diperbincangkan, mengulas isu-isu semasa dan membincangkan program-program semasa. Ia dihadiri oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS.Kali ini, penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India turut hadir, mereka duduk bersila, mendengar kupasan-kupasan ayat-ayat al Quran dan Hadis oleh YDP Kawasan Bagan Datoh yang memimpin usrah pada malam itu. YDP menggubah sedikit pendekatan agar ia lebih kepada bentuk dakwah. Mereka mendengar dengan penuh minat.Dalam usrah tersebut, persoalan Kerajaan Perpaduan turut disentuh kerana ramai yang ingin mengetahuinya. Alhamdulillah penjelasan yang diberikan oleh YDP melegakan semua yang hadir termasuk penyokong-penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India. Mereka berpuas hati dengan penjelasan tersebut.Program Usrah Mingguan PAS yang dihadiri oleh bukan Islam turut dilaporkan oleh wartawan Sinar Harian dalam keluaran hari Jumaat semalam. Kebetulan beliau yang juga penyokong PAS hadir dalam program Usrah tersebut. Mereka cukup tertarik dengan program usrah dan pengisiannya malam itu, dan mereka berhasrat ingin mengikuti setiap kali ada usrah.Ini adalah satu perkembangan yang baik, mudah-mudahan dengan penyertaan mereka dalam usrah PAS, bukan sahaja semangat untuk bersama PAS bertambah kuat, bahkan semuga mereka akan mendapat hidayah untuk beriman dengan aqqedah kita. Insya Allah.

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS


Wan Nordin Wan Yaacob Foto Wan Zahari Wan Salleh Mon Jun 22, 09 3:02:54 pm MYT
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.


Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.


Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.


Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.


Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.
Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.


"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.


Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.
Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.
Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.


Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.


Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya./wann_

Kelantan tuntut royalti RM1 bilion

Salmah Mat Hussain Mon Jun 22, 09 9:29:43 am MYT
KOTA BHARU, 22 Jun (Hrkh) - Slogan 1 Malaysia sebenarnya hanya retorik Umno-BN. Jelas rakyat Malaysia, khususnya di negeri Serambi Mekah, Kelantan dinafikan hak mendapat royalti petroleum.

Sedangkan anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun kira-kira RM2.5 bilion.
Sehubungan itu kerajaan Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat sebagai royalti minyak yang tertunggak sejak tahun 2004.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Dato' Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak wajar menimbangkan tuntutan tersebut selaras dengan konsep '1 Malaysia' yang diperkenalkannya.
"Kerajaan negeri bersetuju supaya Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri berhubung perkara tersebut," katanya selepas mesyuarat Exco Rabu lalu.

Menurutnya berdasar kepada laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, pengeluaran petroleum di perairan Kelantan sebanyak RM2.5 bilion setahun.

Kata beliau Kelantan antara negeri yang disenaraikan sebagai pengeluar petroleum sejak 2004 dan sepatutnya turut mendapat royalti seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu.
Katanya, menurut Jabatan Perangkaan empat negeri terbabit disenaraikan sebagai pengeluar petroleum melalui buletin jabatan tersebut bermula 2004 sehingga sekarang.
"Tahun 2009 merupakan tahun keenam kerajaan pusat tidak membayar royalti kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sedangkan hasil yang diperolehi setiap tahun bernilai antara RM2.5 hingga RM2.7 bilion.

"Adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebih-lebih lagi kerajaan kini mengutamakan rakyat," katanya.
Ketika ditanya mengapa mengambil tempoh lama untuk membuat tuntutan tersebut beliau berkata, kerajaan negeri baru menerima maklumat Mac lalu dalam mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri.- mr_

CERAMAH...

PERHATIAN!!!!!!
PADA 2/7/09 CERAMAH DI BELAKANG MASJID BATU,PERMATANG PAUH,PULAU PINANG..DIMINTA PARA HADIRIN SILA HADIRKAN HADIR.....TAKBIR..

Saturday, June 20, 2009

NAK BINCANG BUKAN NAK MASUK BARISAN


PAS Sedia Berbincang Tentang Perpaduan, Bukan Berbincang Nak Masuk Barisan


KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata tidak timbul isu PAS masuk UMNO dan tidak pernah ada pada mana-mana pemimpin PAS untuk masuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).


”Yang ada sekarang ini adalah kita (PAS) tidak menutup ruang untuk mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun,”katanya kepada wartawan di Lobi Parlimen semalam.

Katanya pendirian PAS bersedia untuk berbincang dengan sesiapa pun merupakan keputusan muktamar kerana dengan perbincangan itu PAS boleh berperanan untuk membantu membangunkan negara.

“Macam yang saya sebut, Ini pendirian yang kita ambil, sedia berbincang dengan sesiapa pun dan itu pun keputusan muktamar, sudah tentulah kalau kita tutup ruang untuk adakan perbincangan ini, sedangkan kita rasa kita ada peranan yang boleh mainkan untuk bantu bangunkan negara ini,” jelasnya.

Beliau menerima baik respon Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang mengatakan Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS.

Namun katanya, beliau akan memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berada di luar Negara dan meminta pihak media menunggu respon dari Presiden PAS.

”Hari ini, sudah ada respon dari Perdana Menteri, saya terima dengan terbuka hati, tapi Presiden PAS berada diluar negeri, kita tunggu respon daripada beliau,”katanya.

Kata Ustaz Nasharudin, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak parti tentang perkara tersebut kerana ia merupakan perkara yang besar.

Selain itu, katanya, PAS tidak boleh mebuat keputusan secara individu kerana PAS sebuah parti yang meletakkan kepada Muktamar untuk menentukan sesuatu keputusan besar dalam parti.

Ditanya tentang perbezaan pendapat dalam PAS berkaitan isu ‘engagement’ dengan UMNO, Ustaz Nasha berkata ianya perlu dijelaskan kepada semua ahli dan proses penerangan sedang dilaksanakan.

Katanya, dalam menghadapi krisis yang melanda Negara masakini, semua pihak terkesan dan setiap orang perlu memberikan pandangan.

Oleh itu, katanya, bukan hanya PAS yang bercakap dan berbincang dengan kerajaan tentang soal perpaduan atau sebagainya, bahkan pihak lain juga melakukan perkara yang sama.



Mengenai pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan bahawa sesiapa yang menyokong kerajaan perpaduan adalah boneka Umno, Ustaz Nasha tidak memberikan sebarang komen.

Namun dengan tegas beliau menolak menolak sebarang dakwaan yang beranggapan bahawa idea kerajaan perpaduan adalah usaha untuk membawa PAS masuk UMNO/BN.

“Saya tidak dapat nak ulas apa yang dimaksudkan oleh Tok Guru Nik Aziz, saya sebutkan tadi, kepada umum kalaulah ’unity talk’ ini atau ’unity government ini konon-konon usaha untuk bawa PAS masuk BN atau Umno,

”Saya boleh berikan jawapan sekarang, iaitu tidak ada sebarang niat dalam diri kita (untuk masuk UMNO).” - Klik Untuk Dengan Sidang media Ustaz Nasha di Lobi Parlimen Semalam

buletinonline

HaDkAn 10 SuBjEk... HaLaNg KeLaHiRaN PrOfEsIoNaL aGaMa!!! BiNcAnGkAn...

Salam...

Usaha kerajaan menghadkan 10 matapelajaran sahaja... akan membantutkan usaha untuk melahirkan golongan profesional agama??? Apa kata sahabat!!!

Adakah ini satu usaha terancang untuk kembali ke belakang... atau satu usaha menghalang kelahiran pelajar yang profesional dan dalam masa sama memahami agama!!!

Pada topeng... satu lagi keputusan terburu2 kerajaan selepas isu PPSMI. Belajarlah dari kesilapan!!!


Pelajar Aliran Agama :

Subjek wajib : 6 matapelajaran
Subjek elektif agama : 3 = BA, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah & Pendidikan Syariah Islamiah
Subjek elektif sains : 4 = Fizik, Kimia, Biologi dan add Math.

Pelajar agama terpaksa memilih samada teruskan agama @ Sains...!!!


Bincangkan!!!

NaSiB PeNdIdIkAn IsLaM...

Petikan akhabar...

" Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral."Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum enam sehingga maksimum 10 subjek dalam peperiksaan itu. "

Datok Alimuddin Berita Harian. 30 May 2009

Kerajaan akan mengurangkan jumlah matapelajaran teras@wajib dari 6 kepada 3 atau 4 sahaja... Ini bermakana 2 @ 3 matapelajaran akan dibuang dari matapelajaran wajib!!!

Berikut adalah matapelajaran wajib sekarang :

1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Matematik
4) Sains
5) Pendidikan Islam @ Moral
6) Sejarah

Adakah Pendidikan Islam dan Sejarah bukan lagi matapelajaran wajib!!! Tunggu dan lihat...

Memang benar2 ke arah Satu Malaysia ni huhu...

Rasa hati : Sebak

Ir. Nizar mohon jawatan MB Perak digantung


Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan bagi permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Menurut Nizar, permohonan itu bakal didengar pada 9 dan 10 Julai ini dan beliau sangat berharap satu sejarah tercipta dengan 11 hakim diangkat mendengar permohonan beliau.

Nizar berkata beliau terpaksa bertindak demikian walaupun panel hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujah bertulis mereka dalam membuat keputusan itu bulan lalu.

Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop sebelum ini memberi jaminan untuk memberi hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang telah mengejutkan pelbagai pihak.

Beliau kecewa ulasan penghakiman'yang masih tidak diterima selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 21 Mei lalu.

Menurut Nizar, beliau hairan mengapa hakim berkenaan melewat-lewatkan penyerahan ulasan bertulis sedangkan ketiga-ketiga mereka hanya mengambil masa 5 minit untuk menyampaikan keputusan secara lisan.

Seolah-olah ada unsur ketidakadilan dalam aspek ini kerana rayuan Zambry mengambil masa 24 jam sahaja untuk dilaksanakan tetapi hal ini pula masih tertangguh, kata Nizar lagi.

Ujar Nizar, kerenah hakim terbabit menjejaskan usaha beliau dan panel peguamnya untuk membuat rayuan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan memberikan alasan-alasan yang setimpal.

Majlis Hi-Tea Anak Perak Bersama DS Ir Nizar

MAJLIS HI-TEA & DIALOG ANAK ANAK PERAK DIPERANTAUAN

BERSAMA YB DATO SERI IR HAJI MOHAMAD NIZAR JAMALUDIN, YB DR HATTA RAMLI, YB DR LOLO DATO HAJI GHAZALI, YB DR MUJAHID YUSOF, YBHG USTAZ IDRIS HAJI AHMAD, TUAN HAJI MOHAMAD SABU, YBHG USTAZ HAJI ABU BAKAR HUSSIN (PJ PAS PERAK), YBHG USTAZ HAJI AHMAD AWANG.

TARIKH : 28 JUN 2009 (AHAD

MASA : 3 PTG – 6 PTG

TEMPAT : DEWAN DATO HAJI FADHIL MOHD NOOR, TAMAN MELEWAR

HARGA TIKET : RM15.00

HUBUNGI : 012-2141 858 (Mustapha), 019-3837 785 (Iqbal), 017-6727 584 (Asmadi), 013-3657 491 (Fahmi, 019-2316 539 (Fakrulrazi), 012-2871 614 (Mejar Rashid), 019-6570 438 (Cikgu Idzam)

Sekian. Wassalam.

"SELAMATKAN DEMOKRASI TEGAKKAN KEADILAN"

Akhukum fil Islam,

MUSTAPHA KHAMAL HALIM
Setiausaha
IKATAN ANAK ANAK PERAK DI PERANTAUAN
___________________________________________________________________________
Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan (IKAPP)
No.29, Jalan SG 10/10, Taman Sri Gambak, 68100, Batu Caves, Selangor
Tel : 03-6188 5909 Fax : 03-9106 3177

Friday, June 19, 2009

KAMI BERPEGANG TEGUH DENGAN `AMANAT HAJI HADI'


`AMANAT HAJI HADI'


"Percayalah, Perjuangan kita adalah jihad..." "Kita menentang Umno Bukan Kerana ianya Umno"... Amanat ini kami pegang walaupun ada pemimpin kami yang melupakannya.
OLEH:WFAUZDIN NS
Hanya seminggu dua sahaja Umno merasa selesa untuk bernafas apabila menyaksikan Pas bergelut dengan isu Kerajaan Perpaduan. Syabas, buat penyokong setia Pas yang terus mara ke hadapan menjadi perisai agar tembok pertahanan Pas tidak ditembusi oleh Umno dengan propagandanya. Disaat pimpinan Pas lebih banyak mendiamkan diri, penyokong-penyokong setia Pas termasuk penyokong-penyokong kuat PR berterusan menjadi penghalang kepada objektif Umno untuk melihat Pas terkubur
Meskipun Harakah, satu-satunya media Pas yang sepatutnya boleh diharapkan untuk mempertahankan maruah dan moral Pas dari di`jual' dengan murah kepada Umno, tetapi akhbar tersebut terikut dengan rentak pemimpin mereka. Lesu dan tidak bermaya malahan kadangkala kelihatan laporan atau beritanya saling tidak tumpah seperti Utusan Meloya pula. Mujur, usaha yang berterusan dari penyokong-penyokong bawahan yang mahukan Pas terus dihormati dan disegani bukan di`beli', disedari oleh Mursyidul Am Pas. Lantas, beliau mengeluarkan kenyataan yang agak keras bagi `mengejut'kan beberapa pimpinan yang mungkin `terlena' dengan mimpi indah bersama bakal `tunangan'nya bernama Umno.
Selepas itu, barulah seorang demi seorang mengeluarkan pandangan masing-masing dari segala pelusuk negeri. Apabila terjaga dari `lena' barulah mereka tahu bahawa idea Kerajaan Perpaduan itu sebenarnya tidak pernah dibincangkan sesama pimpinan Pas apatah lagi bersama PR rakan yang banyak membantu Pas sebelum ini. Rahsia bahawa cadangan Kerajaan Perpaduan itu sebenarnya tidak pernah dibincangkan, bahkan semata-mata pendapat atau keinginan peribadi dua tiga orang di dalam Pas telah didedahkan di dalam Parlimen baru-baru ini oleh Ustaz Abdul Halim. Ketika itu, baru kita faham sebenarnya situasi yang berlaku walaupun sebelum ini beberapa pemimpin Pas mengutarakan berbagai helah dan dalil untuk meyakinkan kita agar menerima `jalan yang mudah' itu. Alhamdulillah, Tuan Guru Nik Aziz terlebih awal `menghidu' bau busuk dari idea tersebut walaupun Mufti Perak menghidunya sebagai wangi yang teramat harum.
Setelah menyedari bahawa bukan semua penyokong dan ahli-ahli Pas boleh di`beli' dengan harga yang terlalu murah, Umno mula gelisah dan mahu tidak mahu terpaksa juga pemimpin-pemimpin Umno memuji melangit dua tiga tokoh Pas ini agar impian Umno akan menjadi kenyataan. Jika dahulu mereka mengecam tokoh Pas ini dengan menuduh fatwanya `mengkafirkan Umno' dalam amanat yang terkenal itu, kini mereka terpaksa menjilat ludahnya kembali. Umno tidak mengerti bahawa masih ramai di kalangan penyokong-penyokong dan ahli Pas yang masih memegang kuat fatwa `Amanat Haji Hadi' itu kerana mereka yakin bahawa itu adalah amanat yang betul dan tidak silap walaupun mungkin terdapat dua tiga tokoh Pas sekarang ini yang menganggap amanat itu tidak lagi releven. Kerana Amanat itulah penyokong-penyokong dan ahli Pas menentang keras sebarang usaha ke arah Kerajaan Perpaduan bersama Umno. "Kita menentang Umno bukan kerana ianya Umno". / wfauzdin.blogspot.com

Thursday, June 18, 2009

RAKAMAN PENUH KENYATAAN TGNA ISU NASHA

APA DIA KERAJAAN PERPADUAN

Saya cukup senang hati melihat apa yang sedang berlaku di arena politik hari ini. Heboh heboh tentang kerjaaan perpaduan ini cukup baik untuk anak anak muda memahami politik.Politik bukan agama.Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa direbut untuk mendapat kedudukan. Kedudukan untuk mendapat harta benda. Ini hakiki. Jangan cuba di alih-alih atau ditutup-tutup dengan tabir dan langsir. Sumber Tukartiub

UMNO HUTANG RM218 JUTA

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 30 Julai sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Umno bagi mengenepikan saman RM218 juta yang difailkan oleh syarikat pembekal barang-barang untuk pilihanraya.Pada 23 Jun tahun lalu, syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd menfail saman itu menerusi Tetuan Termizi & Co, dan menamakan bendahari ketika itu Umno Abdul Azim Mohd Zabidi serta Umno sebagai defendan.Dalam writ samannya syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihanraya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihanraya ke-11pada 2004 setelah diminta oleh Abdul Azim.

Hamas mohon kerajaan baru Lubnan bina semula kem Nahr El-Bared.


Pergerakan Hamas pada hari Selasa mohon kepada kerajaan baru Lubnan agar membina semula kem pelarian Nahr El-Bared dan mengiktiraf hak asasi pelarian Palestin di Lubnan.
Ali Baraka, pegawai Hamas di Beirut berkata demikian dan mahu menjalinkan hubungan persaudaraan dengan semua ahli parlimen Lubnan.Beliau berkata hak pelarian Palestin adalah atas dasar prinsip mereka yang tidak mahu menetap di mana-mana negara dan mahu kembali ke tanah asal. Nasib pelarian Palestin di Lubnan adalah disebabkan penjajahan Zionis dan ini adalah masalah Zionis-Arab dan bukannya Lubnan-Palestin.
Beliau menambah lagi keselamatan dan ketenteraman Lubnan adalah penting dalam perjuangan Palestin dan semua masalah pelarian Palestin boleh diatasi dengan dialog Lubnan-Palestin.
sumber : http://www.imemc.org penterjemah : anonymous

Nasif: Abbas dan Fayyad budak suruhan kuasa luar.


Ra’fat Nasif, seorang anggota pimpinan HAMAS (gambar) yang sedang berada dalam penjara Zionis menegaskan jenayah pembunuhan Haytham Amru yang dilakukan oleh militia Abbas-Dayton menunjukkan Abu Mazin dan Fatah sebenarnya tidak menghiraukan mana-mana dialog dan kepentingan nasional.
Beliau berkata dalam satu kenyataan yang disusup keluar dari tempat tahanannya pada hari Isnin (15/6), dan diterima oleh Pusat Media Palestin: “Jenayah baru ini menunjukkan dengan jelas Abbas dan Fayyad terjerumus melaksanakan suruhan dan arahan luar yang bertujuan menghapuskan perjuangan rakyat Palestin dan HAMAS di Tebing Barat dengan menggunakan pihak keselamatan yang berada di bawah kawalan general Amerika, Dayton.”
Nasif juga menegaskan tidak ada sebarang faedah dan manfaat daripada mana-mana dialog dan pertemuan dengan Fatah kerana ia sudah tidak lagi mempunyai kuasa, bahkan melalui tindakannya yang hanya mendiamkan diri, ia dianggap menyokong segala jenayah yang dilakukan oleh militia Abbas melalui arahan Dayton terhadap anak bangsa Palestin dan para pejuang.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/penterjemah : muhajir

-->

UiTM Bersama Zambry atau Zambry Guna UiTM???-Malaysiakini


Menteri Besar Perak@Mahkamah,Dato Seri Dr.Zambry Kader serta rombongan kroninya berusaha merapatkan diri dengan masyarakat di Perak dengan kunjungan di daerah Kerian. Memilih kawasan Bagan Serai yang diketahui umum sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat.Zambry akan menabur gula-gula untuk warga Kerian khususnya penduduk Bagan Serai agar mereka patut percaya bahawa beliaulah 'MB Kudeta' dan boneka Najib!Ahlan Wssahlan Ya Sheikh...Hangpa nampak ke orangnye??

Sekitar Persiapan Sambut MB Mahkamah 2-Malaysiakini

Paku keliling bang oi..Diorang Fobia tengok putih bulat dengan hijau ni.kalau boleh singboard
Petronas pun nak ditumbangkan..kot ingat royalti je.

'Dia mai tempat kami,Kami nak pakat sambut la..Kasi terang bang'Yang belakang tu bendera Parti baru..Kerajaan perpaduan punya??

wahh.....Ada main mancing-mancing la...Jangan ada yang sangkut mata kail dah..Umpan cacing dol!Bukan duit atau projek!!

Putar belit kenyataan: Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia


KOTA BHARU, 17 Jun :- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu."Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia�bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti parti, hanya nasihat awal.

Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri.Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut 'kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.

"Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya.

"Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.'Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.

Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan."Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. Harakahdaily.

Tuesday, June 16, 2009

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA

APA DIA SELSEMA BABI

Selsema ini biasanya menyerang babi. Awal tahun ini selsema ini berjangkit pada manusia – bermula di Mexico dan Amerika. Dari dua negara ini selsema ini sedang dan telah merebak ke seluruh dunia. Negara yang paling teruk diserang ialah Mexico.

Selsema ini berjangkit sama seperti selsema biasa – batuk, bersin atau terusik/terkena tempais dari batuk atau bersin.

Doktor kerana nak tujuk bijak gunakan huruf A , H1N1 – N disini maknanya Novel ertinya baru. N - Ertinya ini virus baru muncul. Jangan takut dengan nama yang pelik ini. Ini hanya nama. Virus ini masih belum di ketahui sifat dan perangainya. Juga tidak diketahui lagi sejauh mana ianya telah merebak.

APA TANDA –TANDA SELSEMA BABI:

Macam selsema biasa: batuk, hidung berair, kepala sakit, sendi sengal dan sakit, tekak sakit dan terasa sejuk badan. Ini samalah seperti demam selsema biasa.

Kalau seorang telah dapat selsema 7 hari sesudah pulang dari tempat yang di ketahui ada penyakit ini maka wajib jumpa doktor dan bukan jumpa bomoh Siam.

PENGUBATAN :

Akan diberi suntikan anti-viral – Tamiflu dan zanimivir ( Relenza). Atau pil Oseltamivir. Zanamivir ubat semboran ke hidung. Mungkin timbul masaalah sampingan – muntah atau suka berak cair.

MENJAUHI :

Tak payah pergi melawat ladang babi di Mexico.

Kalau selsema jangan pakai saputangan pakai tisu - boleh buang. Tangan hendaklah bersih sentiasa. Kalau rasa tak sedap badan – paracetemol biasa boleh mengunakan. Minum banyak air bukan minum tapai atau todi..

PERSEDIAAN:

Bersedia dengan keluarga dan kawan-kawan jika selsema ini sampai untuk membantu satu sama lain – beli makanan, ubat dan lain lain.

Memakai topeng muka tak ada faedah.

Banyak yang terkena selsema babi ini boleh diubati di rumah. Ada serangan tidak bagitu teruk. Ada serangan yang teruk wajib serta merta dihantar ke hospital. Mungkin ada jangkitan kuman yang lain yang masuk sama.

Ketika tulisan ini diterjemahkan ada 1,112 kes di Mexico dan 42 kematian. Di luar Mexico ada 1,259 kes dan dua kematian.( Data ini dipungut dari UK Health Protection Agency )

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi

untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin.

Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.

Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian.

Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas itu basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia:

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit

Gambar majlis jamuan negara presiden Iran


Mohamad Zaini Hassan

Bersama-sama ini saya lampirkan tiga keping gambar majlis jamuan Negara yang diadakan oleh Presiden Iran bagi meraikan lawatan oleh Presiden Bolivia ke Teheran baru-baru ini. Saya amat tertarik menatap gambar2 ini yang secara jelas menzahirkan betapa sederhananya seorang yang bergelar Presiden sebuah Negara yang amat dibenci oleh US dan sekutunya.



Senarai barisan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Berikut merupakan senarai tersebut:

Ketua
: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua
: Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua
: Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih 1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Zuhdi Marsuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Wajah-wajah Penyokong Presiden Mahmoud Ahmadinejad








Sehari dua ini media Barat memberikan gambaran yang pilihanraya Presiden Republik Islam Iran penuh dengan penipuan dan penyelewengan. Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (yang pernah menyatakan kerisauannya ekoran seorang politikus tempatan dituduh meliwat oleh mangsanya) kali ini dengan penuh yakin menyatakan ada yang tidak kena pada pilihanraya Presiden di Republik Islam Iran.

Gambar-gambar rusuhan oleh pengikut pencabar terdekat Presiden Mahmoud Ahmadinejad iaitu Mir Houssein Mousavi muncul merata-rata (lihat di blog http://pedulipalestina.blogspot.com/). CNN, BBC malah al-Jazeera dan al-Arabiya membayangkan keadaan di Tehran adalah di luar kawalan dengan pihak berkuasa mengganas di mana-mana. Semalam petang di Damansara, di hadapan Wisma UN rakyat Iran di Malaysia turut melakukan protes (lihat foto di atas).

Terdapat banyak faksi (fakta-fiksi) dan khabar angin tersebar sehingga mengelirukan pemerhati politik antarabangsa. Benarkah Mahmoud Ahmadinejad seorang hardliner yang langsung tidak mendapat dokongan rakyat kelas pertengahan dan terpelajar? Benarkah pula wanita Iran yang 'moderat' (berskarf dan bukannya bercadur sebagai mana wanita 'konservatif') menolak Ahmadinejad misalnya? Benarkah agaknya golongan muda menolak Mahmoud Ahmadinejad? Benarkah Mahmoud Ahmadinejad tiada pengikut? Benarkah Ayatullah Ali Khamenei pundak 'sistem teokrasi' di Iran telah ditolak rakyat Iran? Inilah helah media antarabangsa yang pintar memanipulasi berita.

Buktinya, lihat foto-foto (30 keping semuanya) di bawah. Wajah penyokong-penyokong 'singa umat Islam' - Mahmoud Ahmadinejad - yang keluar ke jalan raya menunjukkan sokongan mereka. Dan kemeriahan keraian tersebut menjadi lebih istimewa di hari ulang tahun kelahiran Saidatina Fatimah Zahra, belahan jiwa Rasulullah saw.
Sumber: (clik)

Monday, June 15, 2009

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".

Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.

Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

Mereka juga didakwa "melanggar etika
berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.

Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.

Lima lagi diserang H1N1, jumlah 17 kes

Lima lagi kes selesema A (H1N1) disahkan melanda negara hari ini, menjadikan kes semuanya 17 sejak 15 Mei lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Semua kes terbaru itu dilaporkan akibat jangkitan di luar negara.Mangsa ke-17 seorang wanita Malaysia berusia 26 tahun yang pulang daripada melancong di Melbourne dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Kes ke-16 pula seorang penduduk Amerika Syarikat, pelajar 14 tahun yang pulang untuk melawat keluarganya di Sabah. Pelajar perempuan itu kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Mangsa ke-15 seorang penduduk tetap Malaysia yang berusia 16 tahun dan kini belajar di Melbourne yang pulang untuk bercuti.Keluarga pelajar kini sedang dikuarantin, sementara remaja lelaki itu dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Dua lagi membabitkan seorang pelajar lelaki 12 tahun yang pulang bercuti di Manila, dan seorang pelancong Britain, 25, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan selepas mengalami tanda-tanda diserang selesema itu di Pulau Tioman.Ibu pelajar itu dan teman wanita warga asing itu kini sedang dikuarantin.

Anwar on CNN with Fareed Zakaria



Lima minit angkat sumpah, Speaker arah Nizar keluar dewan


KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

ImageArahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Sebelum itu, Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.

Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Nizar yang kembali semula ke tempat duduknya di Blok F setelah menanggalkan lilitan kain di kepalanya terus didesak meninggalkan Dewan oleh Speaker.

Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut.

Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memakai lilitan itu antaranya Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, Pengawal Keselamatan turut mengarahkan tetamu yang hadir supaya menanggalkan lilitan yang tertulis, 'BUBAR DUN'.

Difahamkan peraturan Dewan Rakyat menetapkan mana-mana anggota yang diarah keluar Dewan oleh Speaker tanpa diberitahu tempohnya secara spesifik, tidak boleh memasuki Dewan dalam masa dua hari. - mks._

Wednesday, June 10, 2009

Kenyataan Presiden KeADILan Berhubung “Kerajaan Perpaduan”

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
8hb Jun 2009

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.

Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.

KeADILan berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.

Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KeADILan untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Saturday, June 6, 2009

Nasharudin kekal; Salahuddin,Mahfuz dan Tuan Ibrahim menangi Naib Presiden


Nasharudin kekal; Salahuddin,Mahfuz dan Tuan Ibrahim menangi Naib Presiden
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir | Wan Zahari
Sat | Jun 06, 09 | 10:09:24 am MYT
SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Muktamar PAS ke-55, Dato' Mustafa Ali mengumumkan, Ustaz Nasharudin Mat Isa menang jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu. Iklan



Sementara, bagi jawatan Naib Presiden, Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar menewaskan dua lagi pencabar, Mujahid Yusof Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.


Di bawah ialah keputusan penuh pemilihan PAS sesi 2009/2011:

Presiden

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, (480)

Naib Presiden

1)Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Mahfuz Omar, (636)




Ahli Jawatankuasa Kerja

1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)/wann. _ _

Keputusan Rasmi : Ustaz Nasharudin Memenangi Timbalan Presiden PAS - malaysiakini


Keputusan Rasmi : Ustaz Nasharudin Memenangi Jawatan Timbalan Presiden PAS

Keputusan Rasmi ini telah diumumkan oleh Datuk Mustafa Ali pada pukul 10:05 sebentar tadi...

Tahniah pada Ustaz Nasarudin, pada yang gagal, jangan lemah semangat.

Road Show: Kempen Bubar DUN Perak - malaysiakini

Penceramah Jemputan : YB HJ. ZAINUDDIN YUSOF (ADUN Lubuk Merbau), YB M.KULASEGARAN (MP Ipoh Barat), YB CHANG LIH KANG (ADUN Teja), YB HJ. ISMAIL YUSOF (Pengerusi PKR Perak), YB AMRAN HARUN.

Tarikh :10 JUN 2009 (Rabu)

Tempat : Dewan Ust.Hj.Wahab Noor, Masjid Tinggi,Bagan Serai, Perak.

Masa : 9.00 malam

Semua Dijemput Hadir

Friday, June 5, 2009

Jawatan NO 1, 2 Dan 3 Harus Dipimpin Ulamak?


Banner kata-kata aluan kepada para perwakilan. katanya "Selamat Bermuktamar Kepada Semua Perwakilan"...

Dalam Buletin Utama TV3 Suku malam ini, sibuk mereka membuat laporan mengenai Muktamar Dewan Ulamak PAS yang telah berlangsung hari ini. Ada usul yang telah diketengahkan hari ini iaitu tempat NO 1, NO 2 dan NO 3 haruslah dipimpin oleh golongan ulamak.

Aku pun teringin nak komen nih.., pasal aku tengok MSO begitu mendapat tempat kat TV3 Suku malam ini. Begitu banyak ruang masa yang telah diberikan kepada beliau yang bagi aku tak lebih daripada ada agenda yang terselindung. Naik menyampah aku dibuatnya.

Cuba tengok semasa mereka (TV3 Suku)menemuramah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, YB Dr Hj Dzulkefly Ahmad. Yang aku sempat dengar hanyalah 'inilah masanya....', lepas tu terus dipotong. Kalau tak silap aku tak sampai pun seminit. Bagi aku, komen yang sebegini kira best... Apakah ini juga kerana Dr Dzul merupakan golongan profesional?

Sambung cerita, tempat Presiden dah sah tidak dipertandingkan. Sekarang yang tinggal hanya calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Aku hanya nak tumpukan perhatian pada jawatan NO 2 (timbalan presiden). Mereka mengatakan Nasaruddin Mat Isa mewakili ulamak, manakala Dato' Husam dan Abang Mat Sabu mewakili golongan 'erdogan' (siapa yang mula2 ilhamkan gelaran ini aku pun tak tahu).

Aku malas nak ulas sangat sebab Tuan Guru Nik Aziz (TGNA), Mursyidul Am PAS (tokguru yang paling aku sanjung) telah mengulas mengenai istilah 'erdogan' ini. Yang aku nak bagi tahu ringkas sahaja iaitu TGNA mengatakan lebih kurang berbunyi, 'kewujudan golongan erdogan dalam PAS adalah satu kebaikan'.

Bagi aku yang penting disini ialah, golongan mana yang dilihat sudah beberapa kali yang begitu berminat untuk 'bersama dengan UMNO', samada golongan ulamak ataupun erdogan?. Tidak kiralah dengan ungkapan nama apa sekali pun. Yang jelas..., kearah untuk bersama dengan UMNO.....

perisik-rakyat

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044