Tuesday, June 2, 2009

Muktamar Pemuda PAS bermula esok

Harakahdaily
Tue | Jun 02, 09 | 11:44:42 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - Muktamar tahunan Dewan Pemuda PAS kali yang ke-50 akan dirasmikan esok di Markas PAS Taman Melewar dekat sini.

Bermula tengahari lagi, pelbagai program telah diaturkan untuk memeriahkan lagi Muktamar kali ini antaranya Majlis Jamuan Keraian Muktamar dan di susuli acara kemuncaknya bermula jam 8.00 malam dengan ucaptama disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Muktamar kali ini bakal menyaksikan, Salahuddin menyampaikan ucaptama yang terakhirnya kepada Para Pemuda PAS, kerana jawatan yang digalasnya bakal dipikul pula oleh penggantinya Ustaz Nasruddin Tantawi.

Selain ucaptama dan perasmian, para perwakilan dan pemerhati akan diraikan dengan Persembahan Multimedia serta Persembahan Seni pada jam 10 malam.

Manakala penyampaian anugerah-anugerah akan di adakan selepas itu bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan aktivis dan tokoh-tokoh tertentu yang banyak menyumbang jasa kepada parti.

Muktamar Pemuda PAS akan terus berlangsung pada keesokannya (4 Jun) di lokasi yang sama, di mana perbahasan dan usul dijangka bermula pada sebelah pagi dan petangnya.

Untuk mengetahui tentatif program Muktamar tersebut, sila layari laman web Muktamar PAS yang ke 55 di Muktamar55.pas.org.my - azm _

No comments:

Post a Comment

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044