Friday, June 5, 2009

Laungan takbir iringi ucapan pemimpin Palestin

Nyza Ayob
Thu | Jun 04, 09 | 9:39:32 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) -Dewan Dato' Hj Fadzil Mohd Noor bergema dengan laungan takbir yang mengiringi ucapan tetamu kehormat Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahli Parlimen Palestin, Dr Marwan Abu Ghash.

Ucapan perwakilan ditangguhkan seketika bagi memberi laluan kepada ucapan Dr Marwan yang diterjemahkan oleh Ustaz Khairil Anuar Wafa.

Dr Marwan dalam ucapannya melahirkan sukacita serta berbangga kerana dapat bersama-sama dengan perwakilan dalam Muktamar Pemuda ini.

"Terima kasih kepada kerajaan Malaysia, sebuah kerajaan yg disokong rakyat dan terima kasih kepada parti Islam dalam negara ini yang merupakan rakan kami yang paling rapat. Saya berhadapan dengan peperangan di Gaza dan selepas peperangan saya mampu keluar daripada Palestin.

"Saya sungguh gmbira kerana dua orang rakyat Malaysia dapat memasuki Gaza dengan selamat untuk memberi bantuan kepada kami. Anda boleh bayangkan serta dapat menyaksikan saudara di Malaysia dapat melihat dengan sendiri penderitaan di Gaza,"katanya.

Beliau dengan penuh bersemangat menyatakan Palestin merupakan sebahagian daripada agama dan keimanan serta akidah.

Jelasnya, rakyat Malaysia mempunyai hak di Palestin dan mengharapkan agar rakyat Malaysia tidak mengenepikan perjuangan Palestin.

"Baitul maqdis, Allah memberkatinya serta sekelilingnya yang tidak dibataskan. Rakyat Malaysia telah menyampaikan sumbangan kepada saudara mereka. Sesiapa yang memberi wang kepada rakyat Palestin, sesungguhnya kami gembira dengan kasih sayang yang anda curahkan dan kami gembiara dengan keberanian anda.

"Peperangan telah menyatukan kami dengan Malaysia. Zionis musuh kepada kemanusiaan. Gaza, telah sembuh daripada kecederaan tetapi air mata terus mengalir di sebalik runtuhan dan kepungan yang menzalimi rakyat. Kami yakin agama kita yang bersih ini akan membebaskan Palestin,"katanya.

Sebagai penutup ucapannya, Dr Marwan mengharapkan kepada semua rakyat Malaysia agar terus berjuang dengan kebaikan serta merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah menderma.

Beliau turut mengharapkan program seperti muktamar ini akan dapat memperjuangkan hak rakyat. - mks. _

No comments:

Post a Comment

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044