Monday, December 14, 2009

Siapa sentuh Tok Guru Nik Aziz akan dapat tentangan - Anwar

Ali Hashim
KULIM, 13 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.

Menurut Anwar lagi dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita.

"Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan.

"Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan antara rasuah dan ibadah ini berterusan mencelarukan masyarakat.

"Sudah pasti tidak. Oleh kerana itu kita tunjukkan sokongan kita dengan memberi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak kepimpinan mereka," katanya.

Kenyataan Anwar itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada ribuan hadirin yang membanjiri Stadium Mini Keladi tersebut.

Dalam ucapan tersebut Anwar juga membidas tindakan media arus perdana yang sengaja memutarbelitkan fakta dengan tidak menceritakan keadaan sebenar yang berlaku.

"Apa yang berlaku tidak dinyatakan dengan benar oleh media mereka.Bagi mereka berita yang sememangnya benar tetapi tidak menyebelahi mereka tidak akan menjadi laporan utama.

"Tetapi sekiranya berita tersebut walaupun kecil tetapi dapat mereka sensasikan maka itu akan menjadi tajuk utama mereka."

Anwar berkata demikian semasa melancarkan ceramah tanpa henti selama 40 hari seluruh negara anjuran PKR yang telah diadakan di Stadium Mini Keladi, Klang Lama, Kulim.

Turut hadir ialah Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amiruddin Shaari. Ahli Parlimen Kulim- Bandar Bharu, Zulkifly Noordin dan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang.

Royalty Minyak Kelantan: Dato' Husam Di Astro Awani

Kepada Sesiapa yang tidak dapat menyaksikan Astro Awani Dato' Husam tentang Royalty Minyak Kelantan.





Sumber - pinkturtlevideo

Wacana Perdana: Islam Di Malaysia - Realiti & Harapan (video)





Sumber - Mediakini Video

Sekitar Perlawanan Bola Sepak










Saturday, December 12, 2009

BOla Sepak 7 Sebelah Anjuran Pas Permatang Pauh

Datang lah beramai-ramai menyaksikan perlawanan bola sepak 7 sebelah anjuran Pas Kawasan Permatang Pauh..

Tarikh:12hb disember 2009
Hari :Sabtu
Tempat:Belakang Surau Pauh Indah
Masa :8am

Thursday, December 10, 2009

Forum : Krisis Perak di MBPJ







Malam ini bertempat di Dewan Auditorium MBPJ telah berlangsung satu Forum yang bertajuk `Whither The Constitution ? Lessons To Be Learnt From The Perak Crisis ' yang bermula pada jam 8.30 malam ini.Antara ahli panel yang telah dipanggil bagi Forum ini ialah Dato Prof Dr.Shad Foruqi , Tommy Thomas ( Lawyer ) dan Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin.Ia telah dipengerusikan oleh Pengarah Merdeka Rwners Sdr.Andrew.

Antara yang dibangkitkan dan dibincangkan didalam forum ini ialah Krisis yang sedang dialami di Negeri Perak dan penerangan dari Dato Seri Nizar berkaitan perkembangan terkini krisis itu dan suasana di Negeri Perak.

Wednesday, December 9, 2009

Peguam Orang Itu atau Orang Itu Tak Reti Berbahasa Melayu?

Peguam terikat dengan ketetapan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia dalam prosiding mahkamah, demikian menurut penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan semasa menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bahasa Malaysia mesti digunakan bukan sahaja semasa prosiding tetapi juga dalam memfailkan dokumen-dokumen mahkamah, kata Hakim Abdul Malik Ishak dalam penghakiman setebal 31 muka surat bertarikh 2 November dan diedarkan kepada pemberita hari ini.

Pada 10 Oktober, Hakim Abdul Malik, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menolak rayuan Anwar atas alasan memorandum rayuan difailkan Anwar dalam bahasa Inggeris adalah cacat, tidak sah dan mencabuli proses mahkamah.

"Keutamaan Bahasa Malaysia atau bahasa Melayu dalam mahkamah kita tidak boleh dinafikan. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama-sama Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan menetapkan semua prosiding, selain daripada memberi keterangan oleh seorang saksi, di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah mesti dalam bahasa kebangsaan.

"Peraturan 101, Peraturan-peraturan Mahkamah Rayuan 1994 menetapkan dokumen-dokumen perlu dalam bahasa kebangsaan. Oleh itu, kegagalan di pihak perayu untuk memfailkan memorandum rayuan dalam Bahasa Malaysia menyebabkan rekod rayuan yang difailkan oleh perayu tidak boleh digunakan," kata Hakim Abdul Malik.

Beliau berkata mahkamah perlu menguatkuasakan keperluan memfailkan dokumen mahkamah dalam bahasa Malaysia seperti ditetapkan oleh undang-undang.

Memorandum rayuan dalam bahasa Inggeris yang difailkan Anwar secara terang-terangan melanggar undang-undang dan perlu ditolak, katanya.

"Perayu mesti memfailkan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan. Tiada bahasa lain akan dilayani dan tidak layak sebagai rekod rayuan," kata beliau.

Anwar memfailkan saman pada 26 Januari 2006, mendakwa kenyataan Tun Mahathir yang menggelarnya sebagai seorang homoseksual adalah satu fitnah dan bertujuan mengaibkannya secara peribadi dan kapasiti rasminya sebagai bekas menteri kewangan dan timbalan perdana menteri.

Pada 4 Julai 2007, Mahkamah Tinggi Kuala lumpur menolak saman itu dengan kos selepas membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatalkan saman itu.

Anwar kemudian mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.

Pada 10 Oktober, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatalkan rayuan itu dan memerintahkan Anwar membayar kos.

Hakim Abdul Malik berkata: "Semuanya silap berhubung rayuan itu dan secara terang-terangan melanggar peraturan di pihak perayu dalam kes ini.

"Memburukkan lagi keadaan, memorandum rayuan dalam bahasa Inggeris itu juga tidak ditandatangani oleh peguam yang mewakili perayu dan dengan itu menyebabkannya tidak sah dan tiada mempunyai sebarang kesan."

Peguam Karpal Singh dan S.N.Nair mewakili Anwar manakala peguam Datuk V.K.Lingam dan R. Thayalan mewakili Dr Mahathir. - Bernama

BUAT BISNESS BOSS MESTI TAHU - ATAU BISNESS BOSS ?

PARLIAMENT SIASAT SETPOL NAJIB -malaysiakini

Parlimen hari ini bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan seorang ahli parlimen PKR bahawa beliau "dihalang" setiausaha politik Najib Razak di dewan itu semalam.

Penubuhan jawatankuasa khas itu dibuat ekoran usul tergempar Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), yang menggesa supaya tindakan diambil terhadap Shafie Abdullah kerana mengganggunya.

Bercakap kepada pemberita selepas usul itu diluluskan, Wee berkata, beliau telah didatangi setiausaha politik perdana menteri di lobi Parlimen sejurus selepas beliau membangkitkan isu yang membabitkan individu berkenaan dalam satu perbahasan.

PEMUDA PAS MAHU SETIAUSAHA POLITIK PM DIGANTUNG TUGAS – harakah daily

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berpendapat Perdana Menteri wajar menggantung tugas Setiausaha Politiknya, Shafie Abdullah sepanjang waktu siasatan dijalankan jawatankuasa Khas ditubuh parlimen.

Ketuanya Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan memberitahu, selain bagi melancarkan proses siasatan, tindakan tersebut juga dilihat terbaik dan pernah ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim semasa Pegawai Khas beliau Yahya Sahri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Parlimen semalam memutuskan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan Ahli Parlimen PKR-Wangsa Maju, Wee Choo Keong bahawa beliau telah "dihalang" oleh Shafie di dewan itu semalam.

DPPWP juga menyokong penuh cadangan Wee supaya Shafie yang juga Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kepentingan beliau dalam syarikat Evergreen Sdn Bhd, Bukit Kiara Development Sdn Bhd dan Maju Bangun Sdn Bhd, dimana ke semua syarikat ini terlibat dalam beberapa tender projek kerajaan.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. BOSS SENYAP AJE… kah kah kah..

kah kah kah… PASAL APA BOSS SENYAP ?... kah kah kah…

kah kah kah… BOSS BUSZZZZZZZ KE?... kah kah kah…

woit… DULU KATA DOLAH BUSZZZZZZ…. kah kah kah…

kah kah kah… SEKARANG PUN SEMUA SUDAH BUSZZZZZZZ….. kah kah kah…

woit... BTN TARAAAAAK KOMEN...WHAT STORY...kah kah kah

Harta Bekas Timbalan Ketua Polis Negara,Allahyarham Tan Sri Jaafar Abdul

ADA setengah orang berbangsa Melayu cukup bernasib baik.Allahyarham Tan Sri Jaafar Abdul, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, adalah salah seorang daripadanya.

Terpampang di dada akhbar hari ini pertikaian antara abang Jaafar dan anaknya Jeffri melibatkan harta peninggalan Jaafar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, yang bernilai RM47.3 juta.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20091204111611/Article/index_html
Pecahan RM47.3 juta ini antaranya adalah seperti berikut:

http://mmail.com.my/category/tags/tan-sri-jaafar-abdul
i) Hartanah di Muar bernilai RM9.7 juta.
ii) Simpanan Tabung Haji RM3.8 juta.
iii) Amanah Saham Wawasan RM6.5 juta.
iv) Amanah Saham Didik RM1.3 juta.
v) Simpanan Bank Rakyat RM2 juta.
vi) Akaun Simpanan Tetap (i) BSN RM1 juta
vii) Akaun Simpanan Tetap (ii) BSN RM1 juta.
viii) Akaun Simpanan Tetap (iii) BSN RM1 juta

Kita harus berbangga kerana ada khabarnya seorang Menteri Besar Melayu yang ada berjuta ringgit untuk dipindakan ke London bertujuan membeli hartanah.

Kita juga harus berbangga dengar khabarnya ada seorang Setiausaha Politik Melayu yang juga mempunyai jutaan ringgit.

Kita juga harus berbangga isteri seorang Menteri Melayu yang memindahkan jutaan ringgit dan kononnya seorang ketua eksekutif Melayu memindahkan RM18 juta ke London.

Kita harus bangga dengan kemampuan mereka yang sebangsa dengan kita ini.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/45398-negri-mbs-rm10m-tip-of-hot-money-iceberg

Rasuah SPRM : 1 Helai Talileher Berharga RM1,000?

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini mencabar Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya membuat laporan polis sekiranya apa yang didakwa mengenai beliau mendapat projek bernilai RM6 hingga RM7 juta, sebagai palsu.


FreeMalaysiaToday (FMT) yang menghubunginya memberitahu, beliau bersedia membogelkan semua penyelewengan dan salah laku Ahmad Said bukan sahaja dengan projek runding langsung dengan perbendaharaan negara itu tapi apa jua yang membabitkan beliau sehingga integriti SPRM dilihat tersangat kotor dan buruk.


“Saya akan buat sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini untuk memberitahu projek cenderamata yang diperolehinya secara tidak betul,” katanya yang akan mendedahkan semua maklumat mengenai pembabitan Ahmad Said dalam projek berkenaan.Menurut Manikavasagam, sudahlah projek itu diperolehi melalui runding langsung, harga yang dikenakannya bagi setiap cenderamata ada yang melebihi 150% setiap satu.


“Bolehkah kita percaya harga satu tali leher lebih RM1,000?,” jelasnnya.Projek membekalkan uniform dan cenderamata itu bernilai di antara RM6 hingga RM7 juta dan barang-barang ini disediakan oleh syarikat Kraftangan Mariwasa kepada pelanggan (SPRM) menerusi Bina Yakin Enterprise.


“Salah seorang pegawainya juga adalah pemilik bersama syarikat berkenaan,” katanya yang memberitahu banyak persepsi negatif terhadap projek pembekalan cenderamata itu.


Harapkan Pagar, Pagar pula makan padi beginilah keadaan di Malaysia kini. Jabatan- jabatan penguatkuasa undang-undang bukan sahaja semakin berani memukul arus perubahan kehendak rakyat malah mereka sanggup menggadaikan Intergriti Negara.


Kita harap polis keamanan Negara , tapi mereka pukul suspek sampai mati. Kita harapan Jabatan Penjara pulihan penjenayah tapi mereka dilatih menjadi mahir. Kita harapan Suruhan Jaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) , tapi mereka kejar kes kecil-kecilan. Rasuhan Berbillion ringgit tidak ada sebarang tindakan,sebaliknya hanya -hany kes rasuah ratus ringgit dibawa ke muka pengadilan. Munginkan sebabnya kerana yang patut mengawal Korupsi itu sendi Korup.


Tapi tiba-tiba Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu mengundur diri dengan melantik timbalannya sebagai penganti, kenapa? Mungkinkah dia sendiri menyalah gunakan kuasanya?Saya difahamkan bahawa :


a. Kementerian kewangan tidak membenarkan pemberian Kontrak dengan secara Rundingan Terus atau Direct Negotiation. Kelonggaran hanya diberi dalam keadaan berikut :


i. Peralatan yang hendak dibeli hanya dibuat oleh syarikat/pengeluar/pembuat berkenaan dan tidak boleh diperolehi di pasaran terbuka “open market” atau “off shelf”


ii. Peralatan yang hendak dibeli dibuat oleh syarikat/pengeluar/pembuat kepada spesifikasi kerajaan yang khusus atau “specific requirement” mengikut keperluaan pengguna


iii. Keperluaan kerahsiaan peralatan tersebut seperti alat komunikasi pasukan elite yang menggunakan frekuensi khas agar tidak berlaku ‘tapping’ atau ‘jamming’


iv. Lain-lainkeadaan yang mengambil kira keperluan kerajaan.
b. Pakaian Seragam Angkatan Tentera Malaysia, Kastam DiRaja Malaysia, Immigresen , BOMBO, JPA, Maritim Malaysia, RELA dan lain-lain diperolehi secara Tender terbuka dan Sebutharga terbuka bagi setiap jenis peralatan yang melengkapkan pakaian seragam.
Tidak pernah sehingga kini kita ketahui Badan-Badan beruniform di Malaysia member Kontrak perolehan Keseluruhan peralatan Pakaian Seragam kepada SATU SYARIKAT SECARA ‘HEAD to TOE’. Ini adalah kerana tidak ada satu syarikat di Malaysia yang membuat atau mengeluarkan semua jenis peralatan seragam dan kebanyakan peralatan tersebut boleh diperolehi dari berbagai sumber dan ada yang ‘of the Shelf’.


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah memberikan Kontrak yang dianggarkan bernilai RM 7.5 juta ringgit melalui rundingan terus serta meluluskan pembelian HEAD TO TOE kepada hanya satu syarikat iaitu Syarikat Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd yang beroperasi di Kuala Kangsar, Perak.


Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd adalah pengeluar barangan logam seperti Pewter, Tembaga, Perak dan Emas dan adalah pembuat barangan seerti cenderahati , pingat-pingat dan keperluaan peralatan pakaian seragam yang hanya dibuat dari logam seperti pip, crown, star, collor dot dan lain-lain.


Mariwasa Kraftangan telah memperolehi kontrak pembekalan HEAD TO TOE walaupun mereka tidak mengeluarkan peralatan-peralatan seperti berikut :


a. Topi Peak Lelaki


b. Bawler Hat Wanita


c. Songkok


d. Baju/seluar Istiadat


e. Baju/seluar Mess Kit


f. Baju/Seluar Bush Jacket


g. Baju/Seluar Kerja


h. Tali pinggang Kuliti. Stokin


j. Tudung


k. Pelbagai jenis kasut


l. Handbag Wanita


m. Tali leher


n. Aggauletter


o. Serta Lain-lain Jenis Pakaian.


Juga di fahamkan Mariwasa Kraftangan telah menggunakan beberapa syarikat lain bagi mendapatkan keperluan-keperluan ini di mana diantaranya adalah bukan pembuat/pengeluar tetapi adalah hanya orang tengah . Diantara syarikat-syarikat yang digunakan adalah seperti BENA YAKIN ENTERPRISE. Diantara barangan yang diperolehi dari syarikat ini adalah seperti:


a. Topi Peak Lelaki


b. Bawler Hat wanita


c. Songkok


d. Berbagai Jenis Kasut


e. Barangan Sulaman


f. Aggaulette


Bena Yakin Enterprise adalah sebuah Perniagaan jenis Enterprise dengan hanya nilai modal RM2.00, tetapi memperolehi tempahan bernilai hampir RM 1 juta . Yang lebih menghairankan ialah Mariwasa Kraftangan , pembuat barangan logam juga diberi kontrak JAHITAN PAKAIAN.


Syarikat yang menjahit iaitu MAROZ TAILOR berpusat di Kuala Lumpur adalah bertaraf ‘High Class’.Bagi Peralatan seperti Kasut dan tali Pinggang Kulit, Kementerian Kewangan “Treasury” menghendaki bekalan diperolehi dengan syarikat yang ada ‘Central Contract’ dan bukannya diberi kepada pembuat barangan logam yang kemudiannya perolehi daripada sebuah lagi Perniagaan Enterprise.


Kini, tiba masanya Perdana Menteri menjelaskan kepada Rakyat Malaysia kenapa Ketua Pesuruhjaya SPRM ingin berundur serta :


a) Apakah Dasar sebenar Kementerian Kewangan mengenai perolehan Rundingan terus


b) Mengapakah kesemua perolehan oleh SPRM atau BPR sebelum ini tidak dibuat secara tender atau Sebutharga?


c) Apakan hubugan Isitimewa Mariwasa Kraftangan dengan Ketua Pesuruhjaya MACC /BPRd) Bagaimankan Kementerian boleh meluluskan perolehan Rundingan Terus terutamanya ‘Head to Toe’ kepada satu syarikat .


Saya juga meminta Perdana Menteri agar dekelasifikasikan Perjanjian atau Kontrak-kontrak pembelian segala peralatan melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut semasa beliau berada di BPR.


Pihak Kerajaan juga tidak seharusnya melindungi Kakitangan Kerajaan yang didapati mengugat Integriti Negara. Sudah tiba masa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia diletakkan dibawah pengawasan Parlimen.


Saya juga akan mencadangkan bahawa suatu Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan –tuduhan rasuah/pecah amanah yang melibatkan pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Malaysia. -mpkapar

Najib minum arak secara terbuka? Peluru untuk pembangkang

Lihat gambar diatas? Apakah yang anda dapat saksikan? Gambar diatas diambil oleh Bernama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Thailand bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Abhisit.

Persoalannya, mengapakah Najib membenarkan gambar seperti ini disiarkan oleh Bernama? Bukankah ini akan menjadi peluru bagi parti pembangkang terutamanya PAS? UMNO tidak boleh biarkan gambar-gambar sebegini dijadikan peluru oleh parti pembangkang untuk menjatuhkan kita.

Fikir-fikirkanlah.

Ilmu Agama

Salam buat semua,


Wajib menyampaikan Ilmu Agama dan kelebihannya.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dari dosa-dosa mereka." (HR Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)


Ilmu itu perlu disertai amal,ilmu dan amal perlu saling menyampaikan. Segala keranjang dapat
penuh kerana isinya, hanya keranjang ilmu yang kian disisi kian diminta tambah isi. Orang yang
mendapat ilmu pengetahuan hanya bagi kebaikan dunia sahaja, ilmu pengetahuannya itu tidaklah
berakar di hatinya. Manusialah yang mencari ilmu, sedangkan ilmu tidak mencari manusia. Ilmu
pengetahuan adalah yang terbesar, tidak dapat dipecahkan tanpa Tuhan. Lenyapnya ilmu kerana
lupa, tersia-sianya ilmu kerana yang membicarakannya bukan ahlinya.

--
Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

MAHAFIRAUN RASIS




AGAK TERLAMPAU LABELKAN MAHATHIR SEBAGAI RASIS – melayau

TOKYO 8 Dis. - Muhyiddin Yassin berkata adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Mahathir Mohamad sebagai rasis.

Beliau berkata Mahathir sudah banyak berjasa kepada negara dan masih mampu menyumbangkan idea.

"Jadi hendak menyebut beliau sebagai rasis itu agak terlampau. Dia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri i Mohamed Nazri Aziz) kawan saya juga tetapi tidak tahu kenapa perkara itu terkeluar.

"Dalam situasi politik negara hari ini macam-macam pihak boleh menyalahtafsir,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Muhyiddin yang dalam misi perdagangan dan pelaburan khas ke Jepun mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam yang melabelkan Dr. Mahathir sebagai rasis kerana mempertahankan modul kurikulum Biro Tata Negara (BTN).

KAH KAH KAH…

kah kah kah… MALIKUL HERIHITO KAKI BODEK MADEY… kah kah kah..

nota:
semakin jelas telah ada perpecahan dalam gerombolan

zaman dolah ada 3K – khairy – kamaluddin – kalimullah
zaman ini ada 3M – madey, muhyiddin – mukriz

semua bikin kacau
semua bikin susah
semuan bikin susah anak gajah mahu shopping kah kah kah

Harta Bekas Timbalan Ketua Polis Negara




ADA setengah orang berbangsa Melayu cukup bernasib baik. Allahyarham Tan Sri Jaafar Abdul, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, adalah salah seorang daripadanya.

Terpampang di dada akhbar hari ini pertikaian antara abang Jaafar dan anaknya Jeffri melibatkan harta peninggalan Jaafar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, yang bernilai RM47.3 juta.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20091204111611/Article/index_htmlPecahan RM47.3 juta ini antaranya adalah seperti berikut:

http://mmail.com.my/category/tags/tan-sri-jaafar-abdul

i) Hartanah di Muar bernilai RM9.7 juta.
ii) Simpanan Tabung Haji RM3.8 juta.
iii) Amanah Saham Wawasan RM6.5 juta.
iv) Amanah Saham Didik RM1.3 juta.
v) Simpanan Bank Rakyat RM2 juta.
vi) Akaun Simpanan Tetap (i) BSN RM1 juta
vii) Akaun Simpanan Tetap (ii) BSN RM1 juta.
viii) Akaun Simpanan Tetap (iii) BSN RM1 juta

Kita harus berbangga kerana ada khabarnya seorang Menteri Besar Melayu yang ada berjuta ringgit untuk dipindakan ke London bertujuan membeli hartanah.

Kita juga harus berbangga dengar khabarnya ada seorang Setiausaha Politik Melayu yang juga mempunyai jutaan ringgit.

Kita juga harus berbangga isteri seorang Menteri Melayu yang memindahkan jutaan ringgit dan kononnya seorang ketua eksekutif Melayu memindahkan RM18 juta ke London.

Kita harus bangga dengan kemampuan mereka yang sebangsa dengan kita ini.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/45398-negri-mbs-rm10m-tip-of-hot-money-iceber

UMNO Kelantan sudah kehabisan modal, cuba lagakan Istana dengan Tok Guru


Nampaknya UMNO Kelantan sudah betul-betul kehabisan modal setelah serangan demi serangan yang dilakukan oleh mereka tidak membuahkan hasil yang diharapkan apabila terbaru membuat kenyataan semacam cuba melaga-lagakan pihak Istana dengan Tok Guru .

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Husin berkata, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan boleh memberi gambaran yang tidak baik dan mungkin 'mengguris' pihak istana.Baginya lagi memohon secara terbuka agar Sultan Kelantan yang kini dirawat di Singapura dibawa pulang untuk mendapat rawatan susulan dalam negara adalah sesuatu yang salah.

Tentunya semuanya sudah maklum sesuatu yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat mingguan Exco dimaklumkan dahulu kepada pihak Istana dan keputusan itu menjadi satu perkara penting yang perlu diumumkan kerana ia mempunyai kepenting awam dan perlu diketahui oleh rakyat Kelantan.

Timbalan Menteri Kewangan 1Malaysia itu menuduh permohonan yang dibuat mungkin kerana kos perubatan baginda yang dianggap besar. Sedangkan perkara tersebut sedikitpun tidak disebutkan dalam kenyataan MB Kelantan dalam perkara yang berkaitan.

Kalaupun itu masalah sebenarnya, adakah salah satu tindakan yang boleh menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri sebagaimana yang disarankan oleh semua pihak.

Itulah sebenarnya wajah sebenar orang yang dikatakan dan dicanang untuk menjadi MB Kelantan suautu masa dulu namun kalah dalam semua kerusi yang dipertandingkan. Jadi Menteripun sekadar menunpang dengan kerusi senator.

Apakah salah untuk memanggil Sultan balik berubat di Malaysia yang tidak kurang dengan pakar perubatan, atau Awang Adek sudah tidak mahu mengiktiraf kejayaan dan prestasi perubatan negara.

Pada 2 Disember lepas Menteri Besar Kelantan, YAB.TG.Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan hasrat kerajaan negeri memohon Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dibawa kembali untuk menerima rawatan susulan di negara ini.

Cadangan yang mendapat kelulusan mesyuarat mingguan Exco yang dipengerusikan Menteri Besar itu dikatakan dibuat berdasarkan kepada hasrat dan keinginan rakyat negeri ini.

Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata: "Memandangkan keadaan baginda, jadi atas dasar hasrat dan keinginan rakyat, kita mencadangkan kepada pemangku raja supaya sultan yang sedang gering dan dirawat di Singapura dipindahkan ke negara ini."

...
http://idhamlim.blogspot.com/2009/12/umno-kelantan-sudah-kehabisan-modal.html

Doa Tok Guru Nik Ab Aziz dan Kezaliman BN


7.12/2009 Media arus perdana telah membesarkan doa Tok Guru. Sedangkankan mereka tidak memperkatakan kenapa doa tersebut dibaca oleh Tok Guru. Hakikat sebenar apabila membicarakan doa Tok Guru ianya mestilah disekalikan dengan kezaliman BN itu sendiri didalam menyelesaikan royalti petroleum di Kelantan.


Dengarkan ulasan dari Dato' Haji Harun Taib didalam membicarakan perkara tersebut.

PAS Terengganu bermesra bersama Penggiat Media & Blogger




"Sekian lama bercuti panjang daripada menulis, semalam saya berkesempatan untuk ber sama-sama dengan kepimpinan PAS Terengganu beramah mesra bersama penggiat media dan blogger.

Jemputan yang diterima melalui emel yang dihantar sendiri oleh Urusetia Lajnah Penerangan & Dakwah BPPNT menggambarkan satu strategi dan dan langkah pro-aktif PAS Terengganu dalam berhadapan dengan cabaran Media Baru.


Tatkala melangkah masuk ke Dewan Makan sebuah restoran di pinggir bandaraya Kuala Terengganu, saya disapa dan menyapa beberapa kenalan lama dan baru. Daripada pengamatan saya, kira-kira 40 orang Blogger dan Penggiat Media yang hadir ke program tersebut dan 10 orang pimpinan PAS Negeri. Turut hadir juga beberapa orang Blogger Wanita. Saya difahamkan, masih ada sebilangan blogger yang dijemput tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain dan keuzuran yang hanya tuhan sahaja mengetahuinya.




Program tersebut berjalan didalam suasana yang cukup ukhuwah dan muhibbah, tiada caci maki dan cercaaan sebagai mana yang kita baca dalam blog yang bersepah. Daripada air muka mereka yang hadir, menggambarkan satu tanda bahawa didalam blog mereka terkandung penulisan yang penuh adab dan berakhlak.

Adapun beberapa cadangan dan pandangan yang dilontarkan diterima baik oleh kepimpinan dan semua peserta.

Di kesempatan itu juga YB Dato' Tuan Guru Hj Harun Taib, Ketua dewan Ulama' PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Terengganu turut mengulas beberapa isu yang dimainkan media kebelakangan ini. pada awwalannya Dato' Tuan Guru memberitahu bahawa mutakhir ini banyak perkara fasad(kerosakan) telah berlaku. Kefasadan daripada sudut sistem pemerintahan dalam negara, kefasadan dalam hubungan sesama manusia sehinggalah kefasadan yang berlaku didalam dunia blog dan media.

Blog dan media dijadikan medium untuk menabur fitnah, perkara yang tidak benar digambarkan seolah-olah benar walau pun diragui dari mana asal sumber dan puncanya.

Diakhir program Dato' Pesuruhjaya turut mengingatkan kepada Blogger dan pejuang Islam agar jangan menghiraukan gangguan, hinaan dan cercaan orang yang mencela dalam melakukan kerja Islam. Sesungguhnya mereka berusaha untuk menggagalkan cita-cita dan matlamat perjuangan yang cuba ditegakkan oleh PAS selama ini. Ibarat gangguan kemuncup dalam perjalanan perjuangan para da'ie.

Sokongan Tak Berbelah Bahagi Kepada PAS & TGNA
























Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 12/04/2009 06:11:00 PM

Wajah Pemimpin Kesayangan Rakyat Malaysia


I LOU TOK GURU

WE LOVE TOK GURU

TAKBIR

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044