
Parlimen hari ini bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan seorang ahli parlimen PKR bahawa beliau "dihalang" setiausaha politik Najib Razak di dewan itu semalam.
Penubuhan jawatankuasa khas itu dibuat ekoran usul tergempar Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), yang menggesa supaya tindakan diambil terhadap Shafie Abdullah kerana mengganggunya.
Bercakap kepada pemberita selepas usul itu diluluskan, Wee berkata, beliau telah didatangi setiausaha politik perdana menteri di lobi Parlimen sejurus selepas beliau membangkitkan isu yang membabitkan individu berkenaan dalam satu perbahasan.
PEMUDA PAS MAHU SETIAUSAHA POLITIK PM DIGANTUNG TUGAS – harakah daily
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berpendapat Perdana Menteri wajar menggantung tugas Setiausaha Politiknya, Shafie Abdullah sepanjang waktu siasatan dijalankan jawatankuasa Khas ditubuh parlimen.
Ketuanya Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan memberitahu, selain bagi melancarkan proses siasatan, tindakan tersebut juga dilihat terbaik dan pernah ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim semasa Pegawai Khas beliau Yahya Sahri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Parlimen semalam memutuskan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan Ahli Parlimen PKR-Wangsa Maju, Wee Choo Keong bahawa beliau telah "dihalang" oleh Shafie di dewan itu semalam.
DPPWP juga menyokong penuh cadangan Wee supaya Shafie yang juga Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kepentingan beliau dalam syarikat Evergreen Sdn Bhd, Bukit Kiara Development Sdn Bhd dan Maju Bangun Sdn Bhd, dimana ke semua syarikat ini terlibat dalam beberapa tender projek kerajaan.
KAH KAH KAH…
kah kah kah…. BOSS SENYAP AJE… kah kah kah..
kah kah kah… PASAL APA BOSS SENYAP ?... kah kah kah…
kah kah kah… BOSS BUSZZZZZZZ KE?... kah kah kah…
woit… DULU KATA DOLAH BUSZZZZZZ…. kah kah kah…
kah kah kah… SEKARANG PUN SEMUA SUDAH BUSZZZZZZZ….. kah kah kah…
woit... BTN TARAAAAAK KOMEN...WHAT STORY...kah kah kah
No comments:
Post a Comment