Wednesday, December 9, 2009

PAS Terengganu bermesra bersama Penggiat Media & Blogger




"Sekian lama bercuti panjang daripada menulis, semalam saya berkesempatan untuk ber sama-sama dengan kepimpinan PAS Terengganu beramah mesra bersama penggiat media dan blogger.

Jemputan yang diterima melalui emel yang dihantar sendiri oleh Urusetia Lajnah Penerangan & Dakwah BPPNT menggambarkan satu strategi dan dan langkah pro-aktif PAS Terengganu dalam berhadapan dengan cabaran Media Baru.


Tatkala melangkah masuk ke Dewan Makan sebuah restoran di pinggir bandaraya Kuala Terengganu, saya disapa dan menyapa beberapa kenalan lama dan baru. Daripada pengamatan saya, kira-kira 40 orang Blogger dan Penggiat Media yang hadir ke program tersebut dan 10 orang pimpinan PAS Negeri. Turut hadir juga beberapa orang Blogger Wanita. Saya difahamkan, masih ada sebilangan blogger yang dijemput tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain dan keuzuran yang hanya tuhan sahaja mengetahuinya.




Program tersebut berjalan didalam suasana yang cukup ukhuwah dan muhibbah, tiada caci maki dan cercaaan sebagai mana yang kita baca dalam blog yang bersepah. Daripada air muka mereka yang hadir, menggambarkan satu tanda bahawa didalam blog mereka terkandung penulisan yang penuh adab dan berakhlak.

Adapun beberapa cadangan dan pandangan yang dilontarkan diterima baik oleh kepimpinan dan semua peserta.

Di kesempatan itu juga YB Dato' Tuan Guru Hj Harun Taib, Ketua dewan Ulama' PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Terengganu turut mengulas beberapa isu yang dimainkan media kebelakangan ini. pada awwalannya Dato' Tuan Guru memberitahu bahawa mutakhir ini banyak perkara fasad(kerosakan) telah berlaku. Kefasadan daripada sudut sistem pemerintahan dalam negara, kefasadan dalam hubungan sesama manusia sehinggalah kefasadan yang berlaku didalam dunia blog dan media.

Blog dan media dijadikan medium untuk menabur fitnah, perkara yang tidak benar digambarkan seolah-olah benar walau pun diragui dari mana asal sumber dan puncanya.

Diakhir program Dato' Pesuruhjaya turut mengingatkan kepada Blogger dan pejuang Islam agar jangan menghiraukan gangguan, hinaan dan cercaan orang yang mencela dalam melakukan kerja Islam. Sesungguhnya mereka berusaha untuk menggagalkan cita-cita dan matlamat perjuangan yang cuba ditegakkan oleh PAS selama ini. Ibarat gangguan kemuncup dalam perjalanan perjuangan para da'ie.

No comments:

Post a Comment

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044