Saturday, April 25, 2009

Awas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor..! - malaysiakini

mSTAR Online lapor di[sini] -
  • Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing menerajui Badan Perhubungan Umno Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Maka dengan itu aku nak ngingatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor supaya berhati-hati, jangan dok lalai sangat, masih ada masa untuk perkukuhkan lagi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. jangan dok layan sangat propaganda-propaganda yang datang dari UMNO.

Kalau boleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kena ambik tindakan segera wujudkan 1 jawatankuasa penerangan yang tugasnya menangkis serangan-serangan dan jugak propaganda-propaganda yang bakal di timbulkan oleh UMNO/BN Selangor.

MP-MP, EXCO-EXCO dan jugak ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Selangor tak payah sibuk-sibuk nak menjawab propaganda-propaganda yang bakal ditimbulkan sebaliknya serahkan tugas tu pada jawatankuasa penerangan yang aku cadangkan tadi cuma korang perlu support dari segi info dan jugak fakta yang benar dan bukti yang sahih.

MP-MP, EXCO-EXCO dan jugak ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Selangor boleh teruskan kerja-kerja macam biasa malah lagi baik kalau dipertingkatkan lagi produktiviti yang ada dalam mengukuhkan kepercayaan rakyat Selangor pada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Bukan apa... kita kene ingat sejarah yang berlaku di Perak... siapa yang jadik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak sebelum berlaku rampasan kuasa dan jugak krisis perlembagaan di Perak kalau bukan Najib.

Sekarang Najib dah berpindah ke Selangor. jangan ambik mudah ingatan ni. beringat sebelum kena... dan jangan sampai pisang berbuah 2 kali, kalau pisang berbuah 2 kali, pokok pisang tak untung sebab kene tebang 2 kali tapi tokey pisang untung banyak sebab dapat tuai hasil 2 kali..!

Air Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya..!

No comments:

Post a Comment

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044