Saturday, April 10, 2010

Nizar dakwa MB Perak takut bubar DUN


KUALA LUMPUR, 9 April — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) menganggap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai “penakut” kerana tidak berani untuk membubarkan Dewan Undangan Negerinya (DUN) bagi mengadakan pilihan raya baru walaupun hasil kajian menunjukkan Barisan Nasional (BN) berupaya untuk menang.

“Beliau (Zambry) kata BN akan menang sekiranya pilihan raya baru diadakan, itu apa yang tersurat tetapi hakikatnya beliau sendiri tidak yakin untuk menang.

“Sebab itu beliau kata tidak berhasrat untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya baru dengan mahu menumpukan kepada agenda pembangunan Perak selain mengotakan janji kepada rakyat.

“Ketika persidangan mengapa beliau menggunakan khidmat polis untuk mengawal persidangan, menutup mikrofon dan tidak membenarkan media masuk untuk membuat liputan?

“Ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan diri sendiri dan takut kalah sebab itu macam-macam alasan diberikan untuk tidak membubarkan DUN,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Zambry yang mengatakan kerajaan negeri tidak berhasrat membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya baru sekalipun hasil kajian menunjukkan BN berupaya untuk menang.

Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang berkata, hasil kajian dari Pakatan Rakyat (PR) juga menunjukkan keputusan positif.

“Hasil kajian kita menunjukkan sekiranya pilihan raya baru diadakan seluruh kerusi MCA serta MIC akan kalah dan lebih separuh kerusi BN akan menjadi milik PR.

“Ini kerana majoriti rakyat masih memberikan sokongan kepada kita dan mereka mahu melihat pilihan raya baru diadakan.

“Kita telah bekerja kuat selama ini dan kita yakin menang sekiranya pilihan raya baru diadakan,” katanya.

Tambahnya, tindakan Zambry yang tidak mahu mengadakan pilihan raya baru bertentangan dengan prinsip rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

“Beliau kata rakyat didahulukan tetapi mengapa tidak mahu mengadakan pilihan raya baru?

“Rakyat mahu pilihan raya baru diadakan tetapi Zambry tidak mahu, bukankah ini bertentangan dengan prinsip rakyat didahulukan?

“Ini jelas menunjukkan beliau tidak mendahulukan rakyat tetapi lebih kepada soal kepentingan politiknya,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044