Friday, July 24, 2009

Nik Aziz, Anwar sertai demo anti-ISA

dikemaskini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung hasrat GMI menyerahkan "deklarasi rakyat" pada tarikh tersebut.

Surat tersebut diserahkan kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman di pondok pengawal, kira-kira jam 11.50 pagi.

Dalam salinan surat itu, yang diedarkan kepada media, GMI berhujah ISA perlu dimansuhkan kerana mencabuli hak-hak asasi sesuai dengan syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Ia juga memaklumkan "deklarasi rakyat" kepada Yang di-Pertuan Agong akan diserahkan oleh sekumpulan pemimpin yang disertai perhimpunan besar orang ramai yang bersama Pakatan Rakyat dan 83 NGO bawah GMI.

Syed Ibrahim diiringi Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzzaman Mohamad.

Demonstrasi anjuran GMI bakal bertembung dengan ribuan pendukung akta kontroversi itu pada waktu dan tarikh tersebut.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur mulai 11 pagi sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

Mereka kemudian akan menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut sebelum berarak ke Istana Negara.

GMI, yang didukung parti pembangkang utama dan NGO hak asasi, memilih tiga lokasi perhimpunan mulai 2 petang - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral – sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mengarahkan semua penentang ISA berpakaian merah dan hitam sebagai simbol bantahan, sementara pendukung akta itu pula merancang berpakaian putih.

Menurut Syed Ibrahim lagi, walaupun beliau menghormati hak NGO Melayu itu untuk berhimpun, tetapi mempersoalkan hasrat mereka untuk membuat perarakan pada tarikh yang sama.

"Mengapa mereka merancang pada waktu dan tempat yang lebih kurang sama dan menuju ke istana? Kalau boleh, elaklah. Harap tidak timbul masalah," katanya dalam sidang media itu.

Beliau menjelaskan, GMI cuba mendapatkan permit polis dalam masa yang terdekat bagi memaklumkan perhimpunan yang mereka akan adakan.

"Sekiranya tidak dapat permit, kita berhasrat untuk meneruskan perhimpunan ini, kerana kita sudah menguar-uarkan kepada rakyat lebih awal, bahawa ini adalah perhimpunan aman, bukan usaha yang tiba-tiba," katanya.

GMI juga telah berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jumaat lalu, meminta agar polis dapat memberi kerjasama kepada mereka semasa perhimpunan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044