Saturday, July 11, 2009

Petugas Hospital Kuala Lumpur gigih tangani H1N1 - Dr Lo' Lo'

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Hrkh) - Untuk melihat dengan lebih dekat persediaan pihak Kementerian Kesihatan menghadapi wabak yang sedang berlaku, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali hari ini telah membuat lawatan secara mengejut ke Pusat Influenza A(H1N1) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau yang bersama tiga orang wakil zon parlimennya iaitu Zon Datuk Keramat, Pandan dan Kampung Baru telah diberi penerangan dan taklimat oleh Pakar Klinikal Jabatan Kecemasan, HKL, Dr Sazwan Reezal Shamsuddin.

Dr Sazwan telah membawa rombongan Dr Lo' Lo' melawat Wad Kecemasan sehingga ke khemah-khemah sementara yang didirikan di luar bangunan hospital bertujuan mengetahui perkembangan terkini kes influenza A(H1N1) di HKL serta di seluruh negara.

Rombongannya turut dibawa melawat ke wad-wad dan unit-unit pemeriksaan pesakit, termasuk Bilik Gerakan H1N1 oleh doktor berkenaan.

Sementara itu kata Dr Sazwan, sehingga 10 Julai lalu jumlah kes H1N1 sebanyak 627 kes yang terdiri daripada 456 kes import dan 171 kes jangkitan tempatan.

"Bagaimanapun setakat hari ini tiada kematian dilaporkan di negara ini," katanya.

Image

Beliau juga berkata, pihak hospital sentiasa dalam keadaan bersiap sedia di mana para doktor dan petugas yang berada di bilik Gerakan H1N1 bertugas 24 jam.

Ujarnya untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada perlu diperkukuhkan.

Antaranya, beliau menasihat orang ramai yang mempunyai simptom H1N1, perlulah menutup mulut apabila batuk dan jika mengalami demam dan selsema digalakkan memakai mask, selalu membasuh tangan, dan banyak duduk di rumah.

Sementara itu Dr Lo' Lo' yang dibawa untuk melihat suasana bilik menunggu di Wad Kecemasan berkata, beliau akan berusaha untuk menceriakan lagi lokasi itu.

"Insya-Allah, saya akan minta daripada korporat-korporat untuk mendapat TV dan sebagainya bagi menambahkan seri tempat ini dan tidak membosankan mereka yang menunggu di sini," katanya, dan cadangan beliau sambil disambut baik oleh Dr Sazwan. - ES _

No comments:

Post a Comment

Followers

[Lubuk Duit] Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking. Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU. Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044