






![]() | Abdul Rahim Sabri Ogos 23, 09 11:48pm | ![]() |
Oleh: Dzulfikar Mashoor Sun | Aug 23, 09 | 5:39:06 pm MYT | |
BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos: Laporan serangan yang dikiraa fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas ketiga-tiganya. Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan. Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan. "Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)." "Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit." Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit. "Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS." Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata - ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan 'Islam Palestin'. "Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini," katanya. Ditanya adakah tindakan saman tersebut strategi PAS untuk menakut-nakutkan media atau lubuk mengumpul kekayaan, Hanipa mengatakan Nik Aziz bukanlah 'mata duitan'. "Saya berasa dia (Nik Aziz) bukan begitu. Kita (saman) bukan untuk tujuan mencipta kekayaan semata-mata, tapi cukup (sekadar) membersihkan (fitnah) dirinya (Nik Aziz)." Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad waktu mencelah, menjelaskan bahawa pihak media tidak perlu gusar kerana tindakan itu khusus untuk laporan yang tidak bertanggungjawab sahaja. "Ini (saman) bukan untuk mengancam hak kewartawanan untuk melaporkan berita secara bebas dan adil. Yang mahu kita tangani sekarang adalah suatu 'kewartawanan jahat'." "Ini pun kita (PAS) beri peluang untuk mereka (Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3) memohon maaf. Jangan salah faham (kononnya) Pakatan (Rakyat) sudah anti media dan sebagainya," jelas Dr Dzul. Bercakap dalam sidang media sebelumnya, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup' "Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah." "Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan Umno Barisan Nasional." Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.� Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin". Bagaimapun, Nik Aziz sudah menafikan laporan-laporan itu 2 hari kemudiannya. Tinjauan rambang yang dibuat mengatakan bahawa dua fitnah yang dikenakan ke atas peribadi Nik Aziz itu adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred), setelah beberapa pihak terbabit gagal membunuh karektor calo PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama. Ada juga mengatakan apa yang berlaku itu, sekadar usaha menyamakan Salleh dan calon kontroversi Umno Rohaizat Othman. _ |
Oleh: Dzulfikar Mashoor Sun | Aug 23, 09 | 8:34:46 pm MYT | |
BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos: Penafian berkali-kali calon Umno Rohaizat Othman bahawa beliau tidak pernah menikahi Rafizah Mohamad Ali, 29 mengakibatkan ayah kepada perempuan misteri itu, Mohamad Ali Abdullah, 59 memberi kata dua sehingga malam ini; untuk turut berceramah di Permatang Pasir sekiranya Setiausaha Agong Umno Permatang Pauh itu masih berdegil. |
"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.
"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.
Ayah kepada perempuan misteri dari Pekan, Pahang itu turut menegaskan bahawa beliau sendiri yang menikahi anaknya dengan Rohaizat empat tahun yang lalu.
Kes Rafizah mula menjadi percakapan umum, apabila Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan at-Tantawi mendakwa mengenali dekat keluarga Mohamad Ali.
Nasruddin menyifatkan penafian Rohaizat - bahawa Rafizah itu adalah isteri keduanya itu; bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak menghormati perasaan seorang wanita dan isteri.
Rohaizat yang pada mula tempoh bekempennya berdepan dengan pendedahan kes pecah amanah RM161,000 wang Koperasi Pekebun Kecil, berdepan dengan isu yang lebih peribadi 2 hari kemudian. _
KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Laporan media kononnya Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno mengamalkan 'Islam Palestin' jauh sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Mursyidul Am PAS itu.
| |
"Yang dimaksudkan oleh Tok Guru adalah 'Islam plastik' bukan Islam Palastin," kata Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku karangan Nik Aziz, 'Dengan NamaMu aku hidup, Asmaul Husna' di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) pagi tadi.
Husam menyatakan hal ini di tengah-tengah pengunjung yang lebih 80 peratus dari mereka adalah Cina kerana Bookfest 2009 adalah anjuran sebuah rangkaian kedai buku, Popular Book yang memberikan fokus kepada orang Cina.
Husam dipercayai mengulas laporan media yang melaporkan Nik Aziz menganggap Islam yang diamalkan Umno sebagai Islam Palestin. Ia telah dianggap oleh para pemimpin Umno kemudiannya sebagai PAS menghina Islam yang diamalkan oleh penduduk negara yang sedang bergolak itu.
(Husam berdiri di sebelah banting buku yang dilancarkannya. Di sebelah beliau adalah Anual Bakri Haron, Setiausaha Politik Nik Aziz)
"Apabila saya baca transkrip kenyataan Tok Guru, media membuat laporan yang salah apabila berkata dia mendakwa Umno laksana Islam Palestin. Sebenarnya Tok Guru kata Islam plastik bukan Islam Palestin.
"Jauh tu beza antara Islam Palastine dengan Islam plastik," kata Husam dalam ucapannya itu.
Husam tidak mengulas apa itu Islam Plastik tetapi difahamkan ia adalah Islam tidak asli sebagaimana beza antara bunga plastik dengan bunga asli.
Husam dalam ucapannya juga berkata, buku yang ditulis oleh Nik Aziz berdasarkan kuliah beliau ini adalah satu ilmu yang ditulis berdasarkan ilmu dan amalan yang dilakukan oleh Nik Aziz dalam membentuk masyarakat negara ini.
Buku ini, katanya, bakal menjadi warisan sejarah yang akan dihargai oleh semua kaum di negara ini.
"Saya percaya buku ini bakal menjadi khazanah besar apabila penulisnya sudah tidak ada nanti. Jadi ambillah kesempatan semasa penulisnya hidup untuk membaca ilmu yang sangat luas ini," katanya.
Beliau mencadangkan agar buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin selain Inggeris dan Tamil.
Beliau juga mencadangkan agar semua pihak membaca buku mengenai nama-nama Allah ini khasnya ahli politik, peniaga, wartawan dan sebagainya agar ilmunya dapat membetulkan manusia.
"Saya percaya media perkauman yang ada di negara ini akan berubah kalau memahami dengan baik nama-nama Allah ini. Mereka jadi begitu kerana tidak diikat oleh Asmaul Husna Allah," katanya. _
Menurut sumber, Mohd. Radzhi telah beberapa kali mengugut mahu meninggalkan Pakatan dan menyertai Umno, namun tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. Dia juga didakwa beberapa kali berjumpa dengan Datuk Seri Mahzir Khalid bagi membincangkannya.
"Kegagalan paling besar Radzhi adalah membawa sebarang pengikut khasnya di kalangan Adun Pakatan Rakyat," kata Zulkifli Yahaya, Pengarah Penerangan kerajaan negeri Kedah.
Sebelum ini, Radzhi telah beberapa kali mengugut untuk meninggalkan PKR. Antaranya disebutkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.
Media juga, termasuk TV3, telah beberapa kali menyiarkan berita tentang beberapa kes penyelewengan exco negeri Kedah namun tidak pernah didedahkan nama Exco berkenaan.
"Dan exco yang dimaksudkan oleh media sebenarnya adalah Radzhi," kata seorang pemimpin dari Kedah.
Radzhi dilaporkan membuat pengumuman di Kuala Lumpur keputusannya keluar dari PKR namun tidak menyatakan samada dia meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri atau tidak.
Radzhi adalah Ezco Pelancongan Kedah.
Azizan, semasa bercakap di Bukit Mertajam berkata, beliau akan menunggu keputusan dari PKR tentang kedudukan Exco yang dijawat Radzhi kerana ia hak parti itu dalam kerajaan negeri Kedah.
"Saya masih menunggu surat rasmi dari PKR mengenai kedudukan Radzhi dan jika pucuk pimpinan parti itu minta saya gantikan orang lain (Anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR) maka saya akan ganti dengan orang lain.
"Setakat ini, saya cuma mendengar berita mengenai tindakan Radzhi yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas tetapi saya belum dimaklumkan oleh beliau sendiri," kata Azizan sebagaimana yang dilaporkan sebuah media. _
Selepas saya menjadi sasaran fitnah, serangan pimpinan umno-bn beralih pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Segala macam tuduhan dihamburkan oleh media milik penguasa kepada ulama tersebut. Pimpinan umno dan konco-konco mereka sanggup memutar belitkan fakta hatta memintal fitnah asalkan matlamat untuk memenangi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir terpenuhi.
Apatah lagi bila tersepit dihimpit kecuaian sendiri ketika memilih calon, segala upaya dan jentera propaganda digembeling merekayasa fiksi politik. Adu domba dilatari politik perkauman sempit biar rakyat terus berpecah, sedangkan pimpinan umno seharusnya sedar, merekalah yang menyebabkan terbit rasa curiga dalam masyarakat. Walhasil merekalah yang terkait dengan pelbagai tuduhan penyelewengan amanah rakyat.
Manakala itu Pakatan Rakyat tetap terus beriltizam untuk membawa Perubahan dan arus Politik baru sunggupun berulang kali tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada kami. Saya yakin rakyat akan membuat pilihan yang tepat memandangkan mereka tidak sanggup dipermainkan lagi.
ANWAR IBRAHIM
RABU, 19 OGOS 2009
———-
CERAMAH 1
MASA: 8.00 malam – 11.00 malam
TEMPAT: DEWAN UPLIFTING SOCIETY KG CROSS STREET
PENCERAMAH:
1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
2) YAB LIM GUAN ENG
3) YB CHONG ENG
4) YB JEFF OOI
5) USTAZ SALLEH MAN (CALON)
———-
CERAMAH 2
MASA : 9.00 malam – 12.00 tengah malam
TEMPAT: JDM PEKAN PERMATANG PAUH (RUMAH PAK GHOUSE)
PENCERAMAH:
1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
2) YB MAHFUZ OMAR
3) YB SAIFUDDIN NASUTION
4) YB MUJAHID YUSOF
5) USTAZ SALLEH MAN (CALON)
———-
CERAMAH PERDANA
MASA: 9.00 malam – 12.00 malam
TEMPAT: BUKIT INDERA MUDA
PENCERAMAH :
1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
2) YBHG MOHAMAD SABU
3) YB PROF MANSOR OTHMAN
4) YB ABDULLAH SANI
5) USTAZ SALLEH MAN (CALON)